Bunga Mulai Mekar Di Benua Antartika Bukan Benda Yang Bagus – Pakar
Tumbuhan seperti bunga yang mula mekar di Antartika merupakan suatu perkara yang tidak baik buat dunia, kata sekumpulan pakar.
Memetik Unilad, benua yang membeku itu adalah rumah kepada hanya dua spesies tumbuhan berbunga iaitu rumput rambut Antartika dan lumut mutiara Antartika.
Menurut pakar Nicoletta Cannone dari Universiti Insubria, perkara itu terjadi disebabkan suhu global dan kejadian ais mencair di Antartika terus meningkat.
Selain dari itu, pencairan ais ini telah menyebabkan tumbuhan di benua itu berkembang dengan lebih cepat.
Cannone bersama pasukannya telah mengukur pertumbuhan bagi dua tumbuhan asli Antartika di beberapa tapak di Pulau Signy, di Kepulauan Orkney Selatan dari 2009 hingga 2019.
Tinjauan telah dibandingkan dengan keputusan dari 50 tahun lalu dan mereka mendapati tapak itu telah menjadi padat dengan tumbuhan.
Tumbuhan itu juga telah berkembang lebih cepat setiap tahun apabila iklim menjadi lebih panas.
Keputusan tinjauan itu mendapati bahawa rumput Antartika itu telah tumbuh dengan cepat dalam tempoh 2009 hingga 2019.
Satu tempoh masa yang sama ia berlaku bagi 50 tahun sebelum itu iaitu dari 1960 hingga tahun 2009.
Tumbuhan itu telah tumbuh dengan lebih cepat, lima kali lebih banyak dalam tempoh yang sama tinjauan sebelum itu.
Peter Convey dari British Antartic Survey menjelaskan kesan pertumbuhan yang cepat itu kepada New Scientist.
“Ciri yang paling baru ini bukanlah sesuatu yang berkembang lebih cepat. Kami fikir bahawa ia adalah sebagai perubahan langkah atau titik tip,” beritahu Convey.
Matthew Davey dari Persatuan Sains Marin di Scotland di Oban menambah: “Perkembangan yang cepat ini jelas terbukti terjadi di rantau ini.”
“Penyelidikan ini memberi kami set data komprehensif pertama yang menunjukkan betapa pantas dan padatnya komuniti tumbuhan boleh berkembang,” katanya.
Selain itu, para penyelidik juga mengakui bahawa mungkin terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan ini.
Ia termasuk penurunan populasi anjing laut berbulu dan perubahan drastik iklim yang jelas.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Perubahan suhu boleh membenarkan spesies invasif menjalar di benua dan mengatasi tumbuh-tumbuhan asli.
Perkara ini boleh menjejaskan kestabilan ekosistem dan biodiversiti tempatan di benua tersebut.
“Jika kami mengekstrapolasi apa yang kami perhatikan di Pulau Signy ke tapak lain di Antartika, proses yang sama juga boleh berlaku.
“Ini bermakna landskap Antartika dan biodiversiti boleh berubah dengan cepat,” jelas Cannone.
Sumber: UNILAD