Siakap Keli
polis buru lelaki kucing
Gambar: Tangkap Layar Tular

Polis Buru Lelaki Disyaki Hempas Objek Pada Kucing 

Polis Buru Lelaki Disyaki Hempas Objek Pada Kucing 

KOTA SETAR — Pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan penganiayaan ke atas seekor kucing seperti yang tular baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superitenden Syed Basri Syed Ali berkata pada 30 September 2023 (semalam) pada jam 4.30 petang, pihaknya mengesan satu video yang dimuat naik di satu akaun Twitter memaparkan kejadian penganiayaan haiwan tersebut.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati bahawa pada Jumaat lalu sekitar jam 10.56 pagi, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian.

“(Pengadu mendakwa) pada 28 September 2023 jam lebih kurang 1130 malam telah melihat seekor kucing liar sedang menggelupur serta mulut berlumuran darah dipercayai dianiaya oleh seorang yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Difahamkan suspek akan dikenakan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

“Kes masih dalam siasatan dan usaha sedang dibuat untuk mengesan suspek,” tambahnya

Sehubungan itu, Syed Basri menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan berhati-hati dalam menggunakan media sosial agar tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

“Pihak polis menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah ini boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Khairolamin bin Khalid di talian 019-2585884,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki kelihatan disyaki menghempas sebuah objek dipercayai keras ke atas seekor kucing di satu lokasi tidak dikenal pasti.

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) tersebut menampakkan reaksi kucing berkenaan yang dipercayai menggelupur akibat hentakan objek berkenaan.

Sumber: Fb Polis Kota Setar 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?