Siakap Keli
hilang cod iphone
Gambar: Sinar Harian

“Dia Masih Trauma,” Lelaki Hilang Semasa “COD” iPhone Berjaya Diselamatkan Abang Lori

“Dia Masih Trauma,” Lelaki Hilang Semasa “COD” iPhone Berjaya Diselamatkan Abang Lori

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak dari 3 Oktober lalu sejurus selepas COD telefon bimbit kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang telah selamat pulang ke pangkuan keluarga, Sinar Harian.

Perkara terbabit telah disahkan oleh ibu saudara mangsa sendiri menerusi akaun Instagram miliknya yang bernama @lameraheyra.

Dalam hantaran tersebut, ibu saudaranya memaklumkan bahawa Muhammad Daniel Haikal yang berusia 27 tahun kembali dalam keadaan selamat.

Baca: Kenapa Pemain Takraw Boleh Gelak & Tak Mudah Melenting Walau Kena ‘Psiko’ Dengan Regu Lawan?

Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah memaklumkan bahawa muka dan badan anak saudaranya itu berada dalam keadaan teruk serta trauma dengan kejadian yang menimpa terhadap dirinya.

Selain daripada itu, wanita tersebut turut berkongsikan screenshot kenyataan daripada dipercayai sebagai ibu mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang turut membantu serta mengambil berat tentang keadaan anaknya.

“Alhamdulillah anak saya Muhammad Daniel telah selamat sampai ke rumah dengan selamat…Terima kasih kepada abang lori yang selamatkan anak saya.

“Kepada yang tak berhenti mendoakan anak saya, terima kasih banyak-banyak semoga ALLAH membalas jasa semua yang membantu saya untuk menularkan kes kehilangan anak saya,” tulis ibu mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right