Siakap Keli
pewangi rumah sendiri
Kredit: @simba_memory/TikTok

Tak Payah Bazir Duit, Buat Sendiri Pewangi Kat Rumah Guna 4 Bahan Mudah Ni

Tak Payah Bazir Duit, Buat Sendiri Pewangi Kat Rumah Guna 4 Bahan Mudah Ni

Kadang-kadang tak semua barang perlu dibeli di kedai kerana kebanyakan perkakas rumah atau perhiasan boleh dibuat sendiri atau do it yourself (DIY) sekiranya mempunyai bahan yang mencukupi.

Lebih-lebih lagi sekiranya barang tersebut menggunakan bahan yang mudah seperti pewangi rumah, rak kasut dan kerusi yang diperbuat daripada kayu dan bermacam lagi.

Sebenarnya tidak perlu untuk keluarkan duit yang banyak sekiranya tahu cara yang betul untuk memastikan rumah berada dalam keadaan tersusun dan kemas, kerana pada zaman berteknologi tinggi ini, apa yang kita perlu buat ialah cari di platform yang betul.

Artikel SK pada kali ini lebih kepada berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan cara membuat pewangi rumah, yang mampu membuatkan rumah berada dalam keadaan harum sepanjang masa.

Menerusi perkongsian @simba_memory di TikTok, ia mengatakan cara tersebut memerlukan bahan yang mudah didapati selain ia mampu menjadikan rumah harum seperti berada di rumah mewah.

Tip ini juga sesuai buat mereka yang tidak mahu mengeluarkan bajet yang banyak.

Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, rumah akan terhindar daripada bau busuk dan juga hapak.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

BACA: “Views 7 Orang Je,” Uncle OKU Ni Tetap Semangat Buat ‘Live’ Jual Pewangi, Warganet Terus ‘Support’

Tip rumah harum 

Kredit: @simba_memory/TikTok

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bekas

Garam batu

Bunga cengkih

Kayu Manis

Pelembut baju

Cara-caranya:

Masukkan tiga sudu garam batu ke dalam bekas.

Tuangkan satu penutup cecair pelembut baju. 

Kemudian, masukkan beberapa keping bunga cengkih. 

Tambahkan lagi dua sudu garam batu. 

Tuangkan satu lagi penutup cecair pelembut baju. 

Akhir sekali, bakar hujung batang kulit kayu manis. 

Biarkan ia berasap kemudian cucuk menegak pada campuran tadi.

Selepas mencuba tip yang diberikan, pasti ia mengubah konsep tentang pembelian barang rumah. Tidak salah untuk berhabis duit namun sekiranya ada perkara yang dapat dilakukan secara DIY apa salahnya mencuba.

Bagaimanapun ia bergantung kepada bajet dan pendapatan tersendiri tentang keperluan rumah.

Selamat mencuba!

@simba_memory

Nak ruangan rumah korang harum dan wangi macam rumah jutawan? Ikuti tips ini. Jom singgah 👇🏼👇🏼 @Simba Memory @Simba Memory @Simba Memory #tipsandtricks #rumahwangi #pengharumruangan #pewangiruangan #pewangirumah #fyp

♬ Dj Malu-malu Bikin Candu – Martin Tjr

Sumber: @simba_memory/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.