Siakap Keli
wakil sukan sekolah
Gambar: BERNAMA, Perbadanan Stadium Malaysia

6 Pengalaman Dapat Wakil Sekolah Dalam Sukan, No. 3 Tu Boleh Tergelak Bila Teringat Balik

Bagi korang yang pernah wakil sukan sekolah semestinya mempunyai pelbagai pengalaman yang tak boleh dilupakan. Mana tidaknya, menjadi atlet sekolah ni dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan atau dimegahkan.

Mestilah ramai pelajar yang kagum dengan kita, tak kurang juga jadi bahan jenaka bila tersadung di padang bola.

Yang pastinya, ada pelbagai pengalaman yang pasti sukar untuk kita lupakan masa wakil sekolah dalam sukan.

Antara pengalaman-pengalaman best ialah:

  • Boleh pakai baju sukan di kala orang lain pula pakai uniform. 
  • Dah nama pun atlet sukan sekolah, usung beg kasut sukan merata-rata dah jadi satu perkara wajib.
  • Paling tak lupa, kita jadi ‘crush’ pelajar-pelajar lain 
  • Tak lupa juga sampai ada yang sanggup nak jadi ‘adik angkat’. 
  • Masa tu, boleh jumpa lawan atau kawan baru bila tibanya waktu pertandingan. 
  • Boleh merasa padang baru di sekolah lain

Bercakap tentang padang, jika nak dibandingkan dahulu, pelajar sekolah sekarang sangat beruntung, siap ada peluang bersukan kat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Best tu!

Fuh, dapat juga la ambil vibe pemain professional. Dah taraf-taraf Ariff Aiman ni, mesti lincah jadinya. Persoalannya, kenapa para pelajar sekarang ada peluang bermain kat SNBJ?

KBS Sediakan Fasiliti Percuma Untuk Rakyat?

Beberapa bulan yang lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ada memaklumkan bahawa Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) beri tawaran ‘special’ kepada semua sekolah untuk menggunakan SNBJ secara percuma untuk 2 tahun bermula Oktober ini tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan. 

Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan sukan seperti mengadakan Hari Sukan ataupun pertandingan bola antara sekolah di SNBJ.

Untuk maklumat semua, ianya adalah salah satu cara oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merakyatkan fasiliti KBS.

Selain stadium, KBS juga ada sedia pelbagai fasiliti percuma untuk sekolah.

Menariknya, fasiliti-fasiliti ini turut boleh digunakan oleh rakyat untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Berikut adalah senarai-senarai fasiliti KBS:

  1. Bilik Kuliah
  2. Bilik Mesyuarat
  3. Bilik Penginapan Asrama
  4. Dewan
  5. Gelanggang
  6. Padang
  7. Kolam Renang
  8. Aktiviti Luar
  9. Kafetaria

Berbalik semula kepada tawaran Stadium Percuma, PSM telah menerima sebanyak 19 permohonan sehingga hari ini dan 17 daripadanya telah diluluskan sehingga bulan Disember 2023. Namun, tiada tempahan diterima untuk venue yang lain. Kemungkinan masih ramai lagi yang tidak tahu.

Namun, korang jangan risau. Dekat sini min senaraikan fasiliti-fasiliti sukan KBS yang disediakan untuk stadium percuma:

1) Kuala Lumpur Sports City (KLSC)

  • Sukan Sekolah/ Olahraga di Stadium Nasional 
  • Hari Isnin – Jumaat
  • Sesi 1: 7.00 am – 1.00 pm & Sesi 2: 2.00 pm – 7.00 pm

2) Kompleks Sukan Bukit Kiara (KSBK)

  • Kejohanan Bola Jaring di Stadium Juara
  • Hari Isnin – Jumaat
  • Sesi 1: 7.00 am – 1.00 pm & Sesi 2: 2.00 pm – 7.00 pm

 

  • Kejohanan Boling Padang di Pusat Boling Padang Nasional A/ B/ C
  • Hari Isnin – Jumaat 
  • Sesi 1: 7.00 am – 1.00 pm & Sesi 2: 2.00 pm – 7.00 pm

3) Kompleks Sukan Jalan Duta (KSJD)

  • Kejohanan Hoki di Stadium Hoki Tun Razak
  • Hari Isnin – Jumaat
  • Sesi 1: 7.00 am – 1.00 pm & Sesi 2: 2.00 pm – 7.00 pm

Inisiatif Stadium Percuma ini sebenarnya turut memberi manfaat untuk orang ramai mewujudkan peluang perniagaan di mana adanya kemudahan foodtruck semasa acara berlangsung.

Perkhemahan Keluarga Percuma Oleh KBS

Selaras dengan pendekatan merakyatkan sukan, KBS juga menawarkan program Perkhemahan Keluarga menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Kem Wawasan Negara (KWN) Ulu Sepri di Negeri Sembilan dipilih sebagai program rintis yang menawarkan perkhemahan keluarga secara percuma.

Menariknya, sebanyak 15 tapak perkhemahan telah disediakan di KWN Ulu Sepri bagi menjayakan program ini. Dari segi kemudahan pula, korang jangan risau. i-LEAD telahpun menyediakan peralatan perkhemahan, kemudahan untuk barbeku, surau, tandas awam, bilik rawatan, aktiviti indoor games dan lain-lain bagi memberi keselesaan kepada korang.

Bagi yang berminat boleh menghubungi atau membuat tempahan permohonan menerusi Whatsapp ke nombor telefon 012-2724630/012-3846818.

Kemudian, korang akan diberikan borang pra pendaftaran untuk mengisi maklumat. Makluman kelulusan permohonan akan dimaklumkan kemudian jika berjaya.

Korang berminat? Bagi korang yang berminat nak menggunakan fasiliti Stadium Percuma, boleh layari https://www.stadium.gov.my/. Manakala, untuk korang yang meminati program Perkhemahan Keluarga pula, korang boleh ketahui info lanjut dengan melayari https://i-lead.gov.my/.

Hasrat KBS untuk memastikan Malaysia sebagai negara yang aktif dalam bidang sukan bukanlah sekadar tin kosong, malah pelbagai inisiatif dan pembaharuan yang telah dilakukan dalam tempoh 9 bulan ini, iaitu dari Disember 2022 sehingga September 2023. Pembaharuan ini adalah seiring dengan Visi Sukan Negara 2030 dan dapat memberi daya saing kepada negara-negara yang lebih maju.

22 Pembaharuan Oleh KBS Demi Sukan Dan Belia

Malahan, baru-baru ini KBS telah melaksanakan 22 Pembaharuan di bawah kepimpinan Hannah Yeoh demi memacu pembangunan arena sukan dan belia negara sejak Disember 2022 hingga September 2023.

Untuk maklumat semua, terdapat 4 pendekatan utama menerusi pembaharuan tersebut iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia serta merakyatkan fasiliti KBS.

Melalui pendekatan memperkukuhkan ekosistem sukan, antara langkah pembaharuan yang telah dilakukan seperti menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC), memudah cara penganjuran acara sukan, peningkatan dari 51 ke 103 jenis sukan dan membantu Konservasi Harimau Malaya.

Dari segi pendekatan merakyatkan sukan pula, kita dapat lihat pembaharuan seperti mewujudkan Direktori Fasiliti Sukan, menjalankan Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang, dan memperluaskan Jualan Sukan Rahmah.

Ada dua pembaharuan yang KBS lancarkan dari segi pendekatan memperkasakan belia iaitu memberi nafas baharu Rakan Muda dan melancarkan Sekolah Rukun Negara.

Pendekatan yang terakhir iaitu merakyatkan fasiliti KBS pula, beberapa pembaharuan yang dilakukan ialah membuka Fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia, melancarkan Inisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti, menyediakan penginapan Youth Capsule dan menawarkan Perkhemahan Keluarga.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 22 pembaharun tersebut, korang boleh rujuk gambar yang disediakan di bawah ini. Yang pastinya, pembaharuan-pembaharuan KBS ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

wakil sukan sekolah

Diharapkan inisiatif dan pembaharuan oleh KBS ini mampu meningkatkan penglibatan pelajar dan seluruh rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan serta rekreasi. Secara tidak langsung, kita dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas, selari dengan Visi Sukan Negara 2030 iaitu Malaysia memperoleh status Negara Bersukan menjelang tahun 2030.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif KBS layari www.kbs.gov.my dan ikuti semua platform media sosial KBSMalaysia.

Adib Mohd