Siakap Keli
oeyn rosak layan tuan
Kredit: @princessyus_oyenrosak/TikTok

Oyen Rosak, Walau Mengantuk Masih Layan Tuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Oyen Rosak, Walau Mengantuk Masih Layan Tuan

Kebiasaannya, kucing oren atau lebih dikenali sebagai Oyen berbeza dari baka kucing yang lain. Sifat yang ada pada kucing tersebut sememangnya membuatkan kucing bulus itu istimewa kerana kenakalannya tidak seperti haiwan lain.

Memang banyak kucing bulus yang comel berada di negara ini namun masih tidak dapat melawan Oyen walaupun sering membuat masalah tetapi ia sering menghiburkan hati orang ramai dengan gelagatnya.

Selain dengan gelagatnya, Oyen juga antara haiwan bulus yang dikategorikan sebagai kucing yang paling mesra jadi tidak peliklah kalau kita belai kucing jalanan berwarna oren ia menerimanya dengan manja.

Seperti yang tular baru-baru ini, sebuah klip yang menunjukkan wanita bersama seekor kucingnya sedang membuat mimikan berkenaan sebuah lagu Ketipang Payung, nyanyian P.Ramlee dan Saloma.

Menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh @princessyus_oyenrosak di TikTok, kucing yang digelar Oyen Rosak itu hanya duduk di tepi tuannya, yang sedang menjiwai watak sambil membuat pergerakkan bibir dengan lagu tersebut.

Pun begitu, gelagat yang ditunjukkan Oyen dikatakan tidak normal seperti kucing-kucing yang lain hingga perkara tersebut mencuri perhatian orang ramai.

Kredit: @princessyus_oyenrosak/TikTok

Dalam video tersebut Oyen berada dalam keadaan mengantuk tetapi masih mempunyai tenaga untuk melayankan tuannya.

Dengan lidahnya yang terjelir dan matanya yang kuyup dia masih menunjukkan sifat yang baik dan melayani tuannya.

Warga maya mengatakan tindakan Oyen dilihat seperti tidak mahu melayankan tuannya dan ia terpaksa bertindak sedemikian kerana itu adalah penjaganya.

BACA: Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Pemilik kucing tersebut juga menyatakan bahawa kucingnya adalah ‘rosak’ dan disebabkan itu dia menggelarnya Oyen Rosak.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meninggalkan komen dengan mereka sendiri dialog dari sudut sudut pandangan Oyen.

“Haha berapa kali rakam video la tu. Oyen dah pancit dalam hati dia cakap ‘bila lah tuan aku ni nak habis rakam video, penat dah ni‘,” seloroh warga maya.

“Kesian majikan sampai nak termuntah layan bibik,” kata netizen.

“Dalam hati oyen, ‘letih lah aku layan maid aku ni‘,” ujarnya warga maya.

@princessyus_oyenrosak

Hoiii! #ketipangpayung #oyen #nujumpakbelalang #oyenrosak #kucing #catsoftiktok #cats #cute #sweet #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #foryoupageofficiall #masukberanda #foryou

♬ bunyi asal – Fans of CT❤️ – .

Sumber: @princessyus_oyenrosak/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana