Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Temui Sesumpah Hampir Mati, Terpaksa Buat CPR Sebelum Berjaya Diselamatkan
Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki menyelamatkan seekor sesumpah tular di media sosial.
Perkongsian itu dibuat oleh seorang pengguna di laman X yang menggunakan nama @TheFigen_.
Berdasarkan video perkongsian itu, seorang lelaki dilihat cuba menyelamatkan seekor sesumpah yang hampir mati dengan memberikannya bantuan kecemasan pernafasan mulut ke mulut.
Lelaki itu dilihat telah menemui haiwan yang sudah tidak bergerak itu di atas tanah dipenuhi semak.

Menerusi video itu, lelaki tersebut menuang air ke atasnya dan mengurut lembut badan haiwan itu bagi membantunya untuk bernafas.
Selepas semua langkah itu kelihatan tidak berkesan, lelaki itu nekad memberikan bantuan pernafasan atau CPR mulut ke mulut kepada haiwan tersebut.

Sesumpah itu akhirnya mampu bernafas semula dan dijaga oleh lelaki tersebut sehingga pulih sepenuhnya.
Video yang menyayat hati itu telah ditonton oleh pengguna laman tersebut sehingga lebih lapan juta tontonan dan lebih 130,000 tanda suka.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna yang memuji tindakan pantas lelaki itu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Video ini banyak mengajar sesuatu, jangan berputus asa keajaiban sedang menanti anda,” tulis seorang netizen berkenaan muat naik tersebut.
“Dia menyelamatkannya! Dia sangat mengagumkan. Dia sangat hebat,” tulis seorang lagi netizen yang memuji tindakan hebat lelaki tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Seorang pengguna yang menggunakan nama sebagai @alifewithoutus turut menerangkan kejadian itu menurut sains.
Menurut pengguna akaun tersebut, fenomena itu dikenali sebagai anhydrobiosis yang membolehkan sesumpah berada dalam keadaan kaku apabila berhadapan dengan dehidrasi.
“Pada masa ini, proses metabolik mereka bertindak lambat shingga hampir terhenti dan mereka kelihatan tidak bermaya.
“Walau bagaimanapun, apabila dibantu, sesumpah boleh dihidupkan semula dan meneruskan aktiviti normal mereka. Mereka mampu membuat penyamaran yang luar biasa dan membolehkan mereka bertahan dalam persekitaran kering kekurangan air,” tulis pengguna tersebut.
Sumber: News18