Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penumpang Mabuk Telah Ditahan Kerana Membuat Kacau
Seorang penumpang wanita yang mabuk ketika menaiki penerbangan Jet2, telah mengakibatkan pendaratan kecemasan di Greece setelah dikatakan menumbuk dan cuba menggigit kru kabin.
Penumpang yang berumur 61 tahun itu menyalahkan sikap agresifnya dengan alasan mengalami serangan panik (panic attack). Dia mengatakan bahawa alkohol yang diminumnya sebelum penerbangan dari Glasgow ke Turki, bertindak balas dengan ubat yang diambilnya.
Penerbangan itu diarahkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Thessaloniki di Greece, di mana wanita itu kemudiannya ditahan.
Dia didapati bersalah atas kesalahan menghalang lalu lintas, melakukan perbuatan yang menganggu dalam penerbangan dan tidak mendengar arahan juruterbang. Dia telah dihukum penjara selama 17 bulan.
Seorang pramugari memberitahu ketika di dalam mahkamah, “Dalam masa setengah jam sebelum kapal membuat pendaratan kecemasan, dia asyik menghentak kakinya ke lantai, dan hentakkan kepalanya ke kerusi depan.”
“Bila kami memakaikan topeng oksigen kepadanya, dia terus menanggalkannya dan mula menumbuk kru, cuba untuk menggigit mereka, mengganggu keselamatan penerbangan, dan saya boleh membuktikannya sebagai seorang kru kabin,” katanya.
Kenyataan juruterbang yang dibacakan dalam mahkamah mendedahkan bahawa selepas dua jam perlepasan, dia diberitahu wanita itu ‘mabuk’ dan memerlukan rawatan.
Dia menambah, wanita itu telah menyerang kru kabin dan membaling segelas air kepada suaminya sendiri.
GlasgowLive melaporkan, juruterbang penerbangan Jet2 itu meminta untuk membuat pendaratan kecemasan kerana risau akan tindakan agresif wanita itu.
Di mahkamah, wanita itu meminta maaf dan menyatakan yang dia telah mengalami serangan panik dan mempunyai kelompongan memori.
Katanya, “Saya mahu minta maaf. Saya mengambil ubat apabila dalam penerbangan dan mengalami serangan panik. Saya mengambil alkohol sebelum dalam penerbangan. Saya minta maaf, saya tak boleh bayangkan apa yang terjadi. Saya tidak ingat,”
Jet2 mengecam tindakan ‘mengejutkan’ wanita itu dan meminta maaf kepada penumpang yang lain atas ‘gangguan’ yang terjadi.
Syarikat itu juga mengesahkan bahawa penumpang tersebut tidak lagi dibenarkan untuk terbang bersama syarikat mereka. Mereka berterima kasih kepada kakitangan yang telah bertindak dengan baik di waktu itu.
Seorang wakil daripada syarikat itu menyatakan, “Penerbangan LS199 dari Glasgow ke Antalya diarahkan ke Lapangan Terbang Thessaloniki pada petang Ahad, 15 Oktober, supaya pelanggan yang membuat gangguan dapat diturunkan setelah dia menunjukkan tingkah laku yang mengejutkan dan agresif di atas kapal.
“Sebagai syarikat penerbangan yang mesra keluarga, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku yang mengganggu itu, dan kami dapat mengesahkan bahawa pelanggan itu telah dilarang daripada terbang dengan kami seumur hidup.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kru kami yang terlatih atas tindakan mereka menangani kejadian itu, namun mereka tidak sepatutnya menghadapi tingkah laku tersebut. Kami juga ingin meminta maaf kepada pelanggan atas gangguan dalam penerbangan pulang.”
Sumber: Daily Star
BACA JUGA: Sung Kang Akan Mengarah Filem Initial D