Siakap Keli
Lelaki orang asli lemas
Gambar: Bernama

Lelaki Dipercayai Orang Asli Ditemukan Lemas 

Lelaki Dipercayai Orang Asli Ditemukan Lemas 

GUA MUSANG, 24 Okt (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai Orang Asli ditemukan lemas di dalam longgokan sisa sampah dan kayu, yang tersangkut pada Jambatan Besi Sungai Berok dekat kawasan Ladang Kilang Liziz (LPG) Kuala Betis, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 40-an, ditemukan pemandu jengkaut ketika sedang membersihkan sisa yang tersangkut pada jambatan berkenaan.

“Pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan objek seperti mayat manusia semasa mereka sedang melakukan pembersihan ladang, pada pukul 8.45 pagi tadi.

“Hasil siasatan di tempat kejadian oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, telah menemukan satu mayat lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Jadi Siulan Ramai, Penyanyi Asal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai

Beliau berkata pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati, terdapat kesan kecederaan di kepala mayat dan juga di kaki, berkemungkinan terkena batu atau kayu yang terdapat di dalam sungai tersebut.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada unsur perlakuan jenayah ditemukan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya.

“Kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?