Siakap Keli
migrain ketumbuhan otak
Gambar via Sinar Harian

Wanita Tak Sangka Migrain Berpanjangan Dialami Sebenarnya Ketumbuhan Otak

Wanita Tak Sangka Migrain Berpanjangan Dialami Sebenarnya Ketumbuhan Otak

Sakit kepala yang begitu kerap dialami oleh seorang wanita sejak empat bulan yang lalu menjadi petanda dia menghidapi ketumbuhan pada otak.

Zaipah Abdul Majid, 38, dikatakan telah mengalami migrain biasa selama empat bulan dan sering berulang alik ke hospital dan klinik swasta.

Zaipah yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak itu telah disahkan menghidap ketumbuhan otak selepas menjalani ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 11 Oktober yang lalu.

Katanya, “Saya mula sakit sejak Ramadan lalu. Waktu tu dah ada gejala sakit kepala berpanjangan. Leher tak boleh berpaling kiri atau kanan. Waktu sembahyang pun tak boleh nak sujud dengan betul sebab rasa sakit sangat.”

“Saya tak sangka pula ada tumor otak. Sebab doktor yang rawat sebelum ni kata saya hanya alami migrain biasa dan dipengaruhi keadaan cuaca panas,” kata Zaipah kepada Sinar Harian Isnin lalu.

Menurut Zaipah, kini dia tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah dan mengharapkan bantuan kepada suami untuk semuanya termasuklah menguruskan anak-anak mereka.

“Saya sekarang dah tidak boleh berdiri lama dan penglihatan mula kabur,” ujar Zapiah.

Zainuddin Ngah, 42, yang merupakan suaminya bekerja sebagai tukang rumah. Katanya, dia sudah berbulan tidak boleh keluar bekerja kerana perlu menjaga isterinya.

Sakit kepala berlarutan, migrain, tidak boleh diambil ringan. Kerana, kita tidak tahu jika itu merupakan petanda ketumbuhan pada otak.

Sekiranya anda rasa kepala anda sakit secara berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.

Ketumbuhan pada otak amatlah bahaya dan boleh meragut nyawa jika tidak lakukan sebarang rawatan.

Kesihatan anda perlu dijaga tak kiralah betapa sibuknya anda. Ingat, jumpa doktor atau pakar sekiranya anda rasa tidak sihat yang berlarutan.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Air Ketuban Pecah Ketika Tengah Makan, Wanita Sempat Pesan, “Nanti Datang Sambung Balik

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.