Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perlanggaran Di Laut China Selatan, China Buat Aduan Ke Filipina

Nurul Alya
Gambar via Sputnik

Perlanggaran Di Laut China Selatan, China Buat Aduan Ke Filipina

China telah membuat aduan kepada Kementerian Luar Filipina selepas berlakunya perlanggaran antara kapal-kapal mereka di perairan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan pada hujung minggu.

Pada Isnin kelmarin, satu agensi berita di Jepun melaporkan rasa ketidakpuashatian Beijing terhadap insiden yang telah berlaku itu.

Sebelum itu pada Ahad, sumber Pengawal Pantai China berkata bahawa terdapat empat buah kapal Filipina telah memasuki perairan Kepulauan Nansha yang juga dikenali sebagai Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Difahamkan kehadiran empat kapal Filipina berkenaan dilaporkan ‘tanpa izin daripada pihak berkuasa China’, merujuk laporan Sputnik.

Insiden ini telah mengakibatkan berlaku perlanggaran kecil antara kapal China dan kapal Filipina.

Menurut media, Kementerian Luar China menyatakan bahawa Filipina harus berhenti membuat kacau dan melakukan pergerakan berbahaya melalui provokasi maritim.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk Hal Ehwal Keselamatan Indo-Pasifik iaitu Ely Ratner, menuduh China atas “kelakuan operasi yang lebih berbahaya,” sambil menyatakan sokongan Washington terhadap Manila berhubung dengan insiden itu.

“Kami akan terus bersama Filipina, dan komitmen kami terhadap Perikatan Amerika Syarikat – Filipina adalah kukuh,” kata Ratner di platform X.

Gabungan wilayah di beberapa pulau di Laut China Selatan telah menjadi pergolakan antara China dan negara Asia-Pasifik yang lain selama beberapa dekad.

Simpanan minyak dan gas yang banyak telah dijumpai di pelantar benua pulau tersebut.

Antara kepulauan itu ialah Kepulauan Spratly, Kepulauan Thitu dan Scarborough Shoal.

Manakala, negara-negara seperti Vietnam, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Filipina telah sedikit sebanyak terlibat dalam pertelingkahan itu.

Sumber: Sputnik

BACA JUGA: Pencuri Percaya Boleh Jadi Halimunan Guna Tangkal Berjaya Dicekup