Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Dah Besar Tapi Tak Kerja,” Lelaki Nekad Tikam Adik Sendiri Sampai Mati, Bengang Kena Sindir

Syed Faisal Sayed Muhammad
tikam adik sendiri sindir
Kredit Detik.com

“Dah Besar Tapi Tak Kerja,” Lelaki Nekad Tikam Adik Sendiri Sampai Mati, Bengang Kena Sindir

Seorang lelaki di Indonesia sanggup menikam adik perempuannya sendiri hingga mati gara-gara tersinggung dengan sindiran yang dinyatakan oleh adiknya itu, lapor Detik.com.

Pembunuhan tersebut dilaporkan terjadi di rumah dua beradik itu di Kampung Pilar, Cikarang Utara pada Khamis, 19 Oktober lalu.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 WIB dan suspek berjaya ditahan penduduk tidak lama selepas kejadian tikaman itu berlaku.

“Suspek adalah abang kepada mangsa yang merupakan adik perempuannya,” kata Ketua Polis Daerah Bekasi Komisioner Twedi Aditya Benyahdi.

Menurut polis, suspek mengakui membunuh mangsa selepas tersinggung dengan kata-kata adiknya itu.

“Berdasarkan keterangan suspek, mangsa berkata kepada suspek ‘Kamu sudah dewasa, dah besar tapi tak kerja. Kerja kamu hanya makan, tidur, makan tidur’,” kata keterangan suspek.

Mangsa sedang berwuduk ketika ditikam oleh suspek

Ketika kejadian, mangsa dikatakan ditikam menggunakan pisau dapur sewaktu sedang berwuduk untuk menunaikan solat Dhuha.

“Mangsa ingin menunaikan solat dhuha, kerana menurut suspek, mangsa berkata begitu ketika sedang mengambil wuduk,” kata Twedi lagi.

Suspek yang terguris dengan kata-kata adiknya itu kemudiannya telah bertindak menikam mangsa berkali-kali menggunakan pisau dapur.

“Penjenayah melakukan ini dengan menikam menggunakan pisau secara rawak ke badan mangsa,” jelas Twedi.

Menurut keterangan suspek, sebelum pembunuhan itu berlaku, dia sempat menutup pintu dapur rumahnya terlebih dahulu.

“Sebelum melakukan pembunuhan itu, pelaku menutup pintu dapurnya kemudian barulah melakukan jenayah itu,” sambung Twedi lagi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Kejadian pembunuhan ngeri itu telah mengejutkan penduduk kampung dan mereka akhirnya bertindak menahan suspek tidak lama selepas kejadian itu.

“Suspek ditahan penduduk kemudian dilaporkan ke pos rondaan Cikarang Utara. Suspek seterusnya dibawa ke Polis Cikarang Utara untuk proses lanjut,” akhrina Twedi.

Atas kesalahan itu, suspek didakwa dengan pertuduhan Pasal 338 KUHP berkaitan pembunuhan dan/atau Pasal 351 KUHP kerana penganiayaan.

Suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas perbuatan jenayahnya itu.

Sumber: Detik.com