Tak Pening Dah, Guna Tip Mudah Ni Cuci Kesan Tompok Pada Baju Putih
Warna putih melambangkan kesucian dan juga kebersihan. Antara semua warna yang ada dalam dunia ini, warna putih merupakan satu-satunya warna yang membawa erti kebaikan seperti itu.
Walaupun pada asasnya, warna putih kelihatan cantik untuk dipakai namun agak sukar untuk menjaganya dengan baik kerana terdapat kemungkinan baju yang bersih itu akan terkena kotoran.
Bila terkena makanan mesti pening untuk bersihkan baju tersebut dan biasanya kotoran itu akan melekat dan tidak akan hilang walaupun dibersihkan berkali-kali.
Tapi sebenarnya tak perlu risau kerana terdapat satu tip mudah untuk bersihkan baju tersebut,
Petua tersebut dikongsi oleh Teratai Putih, yang telah mencubanya di rumah dan cara tersebut berkesan menghilangkan kotoran degil.
Menurutnya, dia tahu berkenaan petua tersebut selepas dikongsi oleh ibunya. Siapa sahaja yang tidak susah hati melihat pakaian putih dicemari dengan kotoran degil?
Tidak kisah cara apa sekali pun, kita mesti akan cari cara untuk hilangkan kotoran itu supaya baju putih dapat dipakai kembali.
“Punyalah susah hati, nasib baik mak ajarkan petua ni dan valid untuk semua warna pakaian,” katanya.
Bagi mereka yang ingin hilangkan kotoran yang melekat pada pakaian putih boleh cuba tip yang dikongsi ini. Mudah sahaja, tak perlukan bahan yang banyak pun.
Tip hilangkan kotoran pada baju putih

Bahan-bahan yang diperlukan
Periuk yang bersih
Air secukupnya
Sabun cuci satu sudu
BACA: Lima Minit Je, Abang Ni Ajar Cara Mudah Nak ‘Cacing’ Tayar Motosikal Bocor
Cara-caranya:
Isi air dalam periuk secukupnya,
Masukan satu sudu sabun (buih sabun jangan lebih kerana akan melimpah ketika air mendidih).
Masukan pakaian yang terkena luntur dan didihkan.

Gaulkan pakaian ketika air sudah mendidih agar air panas sebati pada semua pakaian tadi.
Ini akan mudahkan warna terlerai dari pakaian.
Gaul dalam kira-kira lima minit atau sehingga kita pasti warna luntur tu sudah hilang.
Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi, kemudian boleh terus keringkan.
Dan tengoklah hasilnya!
Sumber: Teratai Putih/Facebook