Siakap Keli
Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Dua Bulan Setengah Gaji
Kredit: Bernama

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Dua Bulan Setengah Gaji

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Dua Bulan Setengah Gaji

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) — Lebih 20,000 penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji yang dibayar secara berperingkat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu bagi menghargai penglibatan penjawat awam negeri ini dalam menjayakan kutipan hasil negeri.

Beliau berkata jumlah itu termasuk Bantuan Khas Kewangan kali pertama sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 yang telah dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang lepas.

“Bagi BKK kali kedua, insentif satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Dis 2023.

Manakala BKK kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Feb 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Amirudin berkata BKK 2023 dibayar kepada semua yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor, termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji mereka dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu mengajak semua wakil rakyat di dalam dewan berdiri membacakan Al-Fatihah dan bertafakur buat ribuan mangsa perang di Gaza, Palestin.

BACA: Laut Antartika Sangat Sejuk, Tetapi Kenapa Ikan Disana Tak Beku Macam Dalam Peti Ais? Ini Jawapannya

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma