Siakap Keli
Amaran hujan tahap waspada
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri Bermula Khamis 

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri Bermula Khamis

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Khamis ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 Nov.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 Nov ini.

“Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” kata kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?