Siakap Keli
us pizza nama
Kredit: @uspizzamy/TikTok

US Pizza Akan Tukar Nama?

US Pizza Akan Tukar Nama?

US Pizza Malaysia mahu melakukan penjenamaan semula dengan menukar namanya kepada KiTA Pizza yang membawa pendekatan lebih dekat dengan masyarakat tempatan.

Menerusi laman TikTok rasmi, US Pizza mencadangkan nama tersebut selepas merujuk kepada perkataan ‘US’ itu sendiri.

Bagaimanapun perkara itu akan dilakukan sekiranya gambar berbentuk video yang dimuat naik itu mencecah ribuan komen dan juga tanda suka.

“Korang nak kita tukar nama?

“Jika posting ini mendapat 10,000 tanda suka dan komen, kita tukar nama!” katanya di TikTok pada Sabtu.

Difahamkan slogan jenama itu juga akan ditukar kepada Bahasa Melayu iaitu Pizza Professional yang sebelum ini menjadi ‘The Pizza Professionals’.

Perkataan ‘kita’ sangat sinonim dengan rakyat Malaysia dan merupakan kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk kepada sebuah kumpulan.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya mahu jenama itu bertukar kepada ‘MY Pizza’.

Jelas mereka MY Pizza boleh membawa maksud Malaysia Pizza atau ‘pizza tersebut milik saya’, jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

BACA: Tular Miliki Wajah Seiras & Nama Sama, Dua Atlet Jalani Ujian DNA Untuk Buktikan Pertalian Darah

Disebut sebagai US (as) Pizza dan bukan u-s (US)

Mereka juga sebulat suara setuju dengan cadangan US Pizza dan berharap makanan segera itu menukar nama mereka.

Dengan penukaran tersebut, segelintir warga maya juga mengatakan sebelum ini  mereka menganggap perkataan ‘us’ itu disebut hurufnya satu per satu

Namun, sebutan sebenarnya adalah US (as) Pizza, yang membawa maksud kita dalam kamus Bahasa Melayu.

Sumber: @uspizzamy/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana