Stress Tengok Komen Mengarut & Bukan-bukan, Ini Cara Nak “Filter” Komen Di TikTok
Sebagai pengguna TikTok tegar, anda sudah semestinya pernah berhadapan dengan komen-komen yang mengarut dan tidak mempunyai kaitan dengan kandungan video yang disampaikan.
Ruang komen juga menjadi tidak ‘syok’ apabila komen-komen kurang ‘matang’ ini dinaikkan berkali-kali atau disebut sebagai spam.
Trend membuat spam komen tidak kena tempat ini bukan sahaja membuatkan pengguna tidak selesa, malah turut mengganggu pencipta kandungan.
Hal ini kerana, spam komen yang merapu-rapu ini akan memberikan ‘fake engagement‘ terhadap kandungan yang disiarkan dalam akaun mereka.
Selain itu, komen-komen merapu ini juga tidak boleh dijadikan rujukan oleh pencipta kandungan sebagai panduan untuk menghasilkan kandungan yang lebih baik selepas ini.
Malah, komen spam juga akan menenggelamkan komen-komen yang genuine iaitu komen-komen yang memuji atau yang memberi kritikan membina.
Senang cerita, komen yang merepek-repek ini dianggap sebagai satu ‘fake hope‘ buat para pencipta kandungan di laman TikTok.
Oleh itu, seorang pengguna TikTok telah mengajar cara untuk menapis atau ‘filter‘ komen yang mengarut di laman ini.
Pengguna yang dikenali dengan tanda nama @sipeanutshahalam11 berkongsi tip ini kerana turut merasa stress dengan trend komen mengarut tersebut.
Pertama sekali, anda perlu buka pada bahagian profil pengguna untuk akaun TikTok anda. Pada bahagian tersebut, tekan ‘tiga palang’ yang terdapat pada penjuru kanan atas skrin. Pilih ‘Settings and Privacy’.


Bahagian tersebut akan membawa pengguna terhadap beberapa pilihan. Kemudian tekan pada bahagian tertera perkataan ‘Privacy’.

Dalam bahagian ‘Privacy‘, tatal skrin ke bawah sehingga anda terjumpa pilihan ‘Comments’ dan tekan pada pilihan tersebut.

Selepas itu, anda boleh memasukkan komen-komen yang tidak diingini pada bahagian ‘Filter keywords’.

Selain komen yang ‘menyakitkan jiwa dan raga’ ini, anda juga boleh menapis komen-komen lain seperti makian, carutan dan sebagainya.
Dengan cara ini juga, anda dapat membersihkan ruangan komen daripada komen yang tidak berkualiti dan tidak memberi manfaat kepada manusia.
@sipeanutshahalam11 Replying to @.فاريش🇵🇰 harini aku ajar korang mcm mana nak filter komen nisa ai. #fypシ
♬ original sound – Si peanut shah alam – Si peanut shah alam
BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya
Sumber: @sipeanutshahalam11 via TikTok