Siakap Keli
Gambar: aniqclone via TikTok

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Bujang Style’

Resipi Ayam Masak Lemak Api ‘Bujang Style’

Malaysia mempunyai 14 negeri yang mempunyai cara memasak yang berbeza. Ada negeri yang suka maniskan masakan mereka, ada pula yang gemar makan pedas. Kalau bab makan pedas ini, kebanyakan orang mesti akan terfikir Negeri Sembilan, kan? Lebih-lebih lagi apabila anda sebut masakan ayam masak lemak cili api.

Masakan ini terkenal dengan kepedasannya. Sesiapa yang suka makan pedas mungkin akan menambah lauk ini. Masakan ini bukan saja boleh dimakan dengan nasi, kalau anda mahu makan roti dan cicah dengan kuahnya pun boleh juga. Boleh jadi juadah minum petang anda.

Kebiasaannya, masakan ini dimasak dengan kuah yang agak cair. Tetapi, resipi yang akan dikongsikan ini akan menunjukkan cara masak ayam masak lemak cili api ‘bujang style’ dengan kuah yang pekat. Mari ikuti resipi ini!

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk dikisar ialah setengah biji bawang merah, setengah biji bawang Holland, tiga hingga empat ulas bawang putih dan cili padi enam hingga tujuh batang  atau ikut tahap kepedasan anda semua. Kisarkan semua bahan ini, anda akan tumis bahan-bahan ini.

Selain itu, bahan-bahan lain adalah ayam drummet sebanyak enam hingga tujuh ketul, sebiji kentang, satu sudu kecil kunyit (kalau anda rasa tak cukup, boleh tambah), sebatang serai (dititik) dan sekeping asam keping.

Anda juga memerlukan dua hingga tiga helai daun limau purut, sehelai daun kunyit, 100 mililiter santan, air sebanyak 100 mililiter, garam, gula dan juga perasa tambahan.

Cara Memasak

Mula-mula, salut ayam dan kentang dengan kunyit dan goreng sehingga garing. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan juga serai, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau.

Selepas itu, masukkan santar, air, gula, garam dan perasan tambahan. Jangan lupa untuk masukkan sekali ayam dan kentang yang dah digoreng itu. Gaulkan bahan-bahan hingga sebati.

Apabila sudah siap dimasak, anda boleh hidangkan lauk ayam masak lemak cili api itu. Lauk ini, kalau makan dengan kicap pun sedap! Selamat mencuba!

@aniqclone

Umur 18 baru tahu this resepi!😭 sedap wei. . . . Ayang Masak Lemak Cili Viral (Bujang Style) Bahan2 blend: 1. 1/2 Bawang merah 2. 1/2 Bawanh holland 3. 3-4 ulas Bawang putih 4. Cili padi (bergantung pada kepedasan masing2) . Bahan2 lain: 1. 6-7 drummet Ayam 2. 1 biji Kentang 3. 1 tsp Serbuk kunyit 4. 1 batang Serai 5. 1 Asam keping 6. 2-3 helai Daun limau purut 7. 1 helai Daun kunyit 8. 100ml Santan 9. 100ml Air gunung 10. Garam/ gula/ fuyoohh . Cara2: 1. Salutkan ayam dan kentang bersama serbuk kunyit. Gorengnkan sehingga garing. 2. Tumiskan bahan blend serta serai + daun kunyit + daun limau puyut + asam keping sehingga naik bau. 3. Add santan + air + garam/gula/fuyooh + ayam dan kentang goreng tadi. Gaul sebati. . Selamat Mencuba!🌻 #resepi #resepindonesia #resepibu #resepisedap #resepimudah #resepibonda #resepimasakan #recipe #recipes #masak #masakmasak #masaksimple #masakmasakan #resepmasak #masakan #masakanindonesia #masakanrumahan #masakansederhana #masakannusantara #masakanpedas #masakansimple #masakankampung #masakanmelayu #masakanthailand #foodies #foodphotography #foodstagram #foodblogger #foodlover #foodgasm

♬ original sound – AniqClone – AniqClone

Sumber: aniqclone via TikTok

BACA JUGA: Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.