Siakap Keli
ketam bersalin kulit
Kredit Facebook/Daily Mail

Jarang Dilihat, Momen “Rare” Ketam Bersalin Cengkerang Berjaya Dirakam

Ketam Bersalin Kulit Berjaya Dirakam Kamera, Perlahan Ja Proses Tu Berlaku 

Ketam adalah hidupan laut yang bercangkerang dan mempunyai lapan kaki serta dua penyepit.

Haiwan ini juga adalah antara makanan laut yang sangat digemari oleh penduduk dunia. Walaupun mempunyai cangkerang yang keras, ketam masih menjadi pilihan penggemar makanan laut kerana memiliki isi yang manis dan segar.

Bercakap soal cangkerang, anda pernah terfikir tak bagaimana ketam membesar dengan memilik cangkerang tersebut?

Jangan risau, dalam perkongsian SK pada hari ini ada jawapannya. Penerangan itu dibuat berdasarkan video yang dikongsikan oleh Daily Mail yang menunjukkan bagaimana seekor ketam bersalin kulit.

Bagaimana ketam bersalin kulit?

Ketam dan krustasea lain tidak boleh membesar secara linear seperti kebanyakan haiwan lain di atas muka bumi ini. Ini kerana haiwan-haiwan tersebut mempunyai cangkerang luar yang keras atau dipanggil eksoskeleton.

Oleh itu, dalam proses membesar, ketam akan melepaskan cangkerang mereka melalui proses yang dipanggil sebagai molting.

Jika manusia, semasa proses pembesaran saiz pakaian yang akan bertukar, tetapi berbeza bagi ketam yang mempunyai cangkerang.

Kredit Facebook

Sebelum molting, ketam akan menyerap semula sebahagian kalsium karbonat daripada exoskeleton lamanya. Ia kemudiannya akan merembeskan enzim untuk memisahkan cangkerang lama daripada kulit di bawahnya atau dikenali sebagai epidermis.

Proses seterusnya adalah epidermis akan mewujudkan kulit baru yang lembut seperti kertas di bawah kulit lama tersebut.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, ketam itu dapat dilihat melakukan proses berkenaan dengan berhati-hati dan sangat perlahan.

Kredit Facebook

Ketam dapat dilihat menarik bahagian badannya dari cangkerang yang lama secara perlahan-lahan.

Sehari sebelum molting, ketam akan menyerap air laut dan mula mengembang seperti belon. Ini membantu mengembangkan cangkerang lama dan menyebabkan ia terbelah pada bahagian khas yang melingkari badannya.

“Ketam keluar daripada cangkerang lama dengan menolak dan memampatkan semua bahagian badannya berulang kali. Proses yang dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati itu boleh memakan masa sehingga 15 minit. Tetapi ketam ini kecil, jadi proses itu berlaku dengan cepat,” terang video tersebut.

Kredit Facebook

Sewaktu proses itu berlaku, ketam akan meninggalkan semua kakinya termasuk bahagian luar mata, mulut, antena dan insangnya pada cengkerang lama.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Selepas molting, cangkerang baru ketam adalah sangat lembut dan menjadikan ia terdedah kepada pemangsa.

Bagaimanapun, cangkerang akan mengeras dalam beberapa hari seterusnya menjadi sangat keras selepas sebulan.

Menurut video itu lagi, ketam yang telah kehilangan kaki boleh mendapatkan kakinya semula yang akan tumbuh dari semasa ke semasa.

Selain membenarkan ketam membesar, proses molting juga membantu menyingkirkan parasit, teritip dan haiwan lain yang tumbuh pada cangkerang. Ia juga membantu menyingkirkan cangkerang yang rosak akibat bakteria.

Video rakaman itu dikatakan berjaya dirakam di Galloway, New Jersey, Amerika Syarikat. Tonton video tersebut dibawah.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka