Siakap Keli
Cikgu Ery Dilapor Meninggal Dunia Ketika Kendali Sesi Senaman
Kredit: Sinar Harian

Guru & Pempengaruh Terkenal, Cikgu Ery Dilapor Meninggal Dunia

Guru & Pempengaruh Terkenal, Cikgu Ery Dilapor Meninggal Dunia

Seorang guru yang juga pempengaruh terkenal, Cikgu Ery dilapor meninggal dunia di Tasik Tropikana Aman Rim Bayu, Selangor pada pagi Rabu ini.

Cikgu Ery atau nama sebenarnya, Mohd Khariri Ramli dilaporkan meninggal dunia ketika mengendalikan satu sesi senaman.

Berita dukacita tersebut telah dikongsikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah.

Beliau memaklumkan bahawa, arwah yang turut bertugas sebagai guru sesi petang sekolah tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Allahyarham meninggal dunia semasa kendalikan senaman bersama kumpulan di Tasik Tropikana Aman Rim Bayu.

“Paramedik ambulans telah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Keluarga arwah telah dihubungi, ” jelasnya menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar tiada sebarang berita palsu atau spekulasi disebarkan berkenaan kematian guru tersebut.

“Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan-rakan Cikgu Ery, ” jelasnya.

Ramai yang terkejut apabila mendengar berita pemergian Cikgu Ery

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Susulan tularnya berita kematian itu, kebanyakan pengguna media sosial telah menitipkan ucapan takziah atas pemergian arwah.

“Allahuakbar.. Innalilahiwainahirojiun…terkejut dapat perkhabaran sahabat yang baik sentiasa berzumba, berjumpa di program-program MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) telah kembali ke rahmahtullah pagi ini.

“Semoga dipermudahkan urusan pengebumian dan ditempatkan di syurga…amin,” seorang pengguna media sosial, Zureen Yusof menerusi Facebooknya.

Dalam hantaran yang sama, Zureen memaklumkan arwah telah disahkan meninggal dunia selepas dibawa di Hospital Banting.

Manakala, seorang kenalan arwah yang dikenali sebagai Muhd Putra Shukri memberitahu bahawa jenazah Cikgu Ery dijangka bakal dikebumikan di Ulu Kuang.

Jenazah pempengaruh media sosial tersebut dijangka akan disemadikan di sana pada petang ini.

BACA: Aisberg Terbesar Dunia Bergerak, Menuju Ke Lautan Selatan Selepas Tiga Dekad

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.