Siakap Keli
Runtuhan Gudang: CIDB Lakukan Siasatan Terperinci
Kredit: Bernama

Runtuhan Gudang: CIDB Lakukan Siasatan Terperinci

Runtuhan Gudang: CIDB Lakukan Siasatan Terperinci

GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang runtuh malam semalam.

CIDB dalam kenyataan hari ini memaklumkan maklumat awal daripada pegawai penguat kuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rasuk telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah.

“Siasatan itu dibuat berhubung aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) antara lain menekankan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

“Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipan dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan dalam siasatan insiden itu, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan siasatan terperinci.

“Siasatan itu antara lain meliputi sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan yang turut melibatkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: