Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kes Culik Wartawan Bangladesh: Seorang Anggota Polis Ditahan Kerja
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Seorang daripada tiga anggota polis yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh baru-baru ini disahkan sudah ditahan kerja.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata tindakan tahan kerja terhadap dua lagi anggota yang terlibat itu akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan selain bergantung kepada hasil siasatan.
“Ada yang kita sudah ambil tindakan tahan kerja dan kita tunggu tindakan susulan kerana kes itu di bawah siasatan Polis Selangor dan bagi Polis Kuala Lumpur kita sudah ambil tindakan tahan kerja.
“Siasatan sudah selesai tetapi kita menunggu keputusan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
BACA: Lelaki Ditahan Polis, Didakwa Tumbuk Isteri & Anak Selepas Dirakam Bawa Balik Teman Wanita
Pada 7 Nov lepas, seorang pengamal media warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah sekitar Klang, Selangor.
Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya, jika mahu dilepaskan.
Sumber: BERNAMA
BACA: Polis Tahan Dua Wanita Jadi Keldai Akaun Sebabkan Kerugian Lebih RM450,000