Siakap Keli
Dion Cools nyaris dibelasah
Kredit YouTube

Tular Video Dion Cools Nyaris Dipukul Dalam Insiden Pergaduhan Pemain Di Piala ACL

Tular Video Dion Cools Nyaris Dipukul Dalam Insiden Pergaduhan Pemain Di Piala ACL

Pemain pertahanan negara, Dion Cools dilapor nyaris dipukul dalam satu insiden pergaduhan melibatkan pemain dalam perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Memetik Stadium Astro, insiden tegang itu dikatakan berlaku melibatkan pemain Zhejiang dengan pemain Buriram United, kelab diwakili Cools.

Kejadian pergaduhan tersebut dilaporkan berlaku selepas Zhejiang berjaya mencatatkan kemenangan ke atas kelab dari Thailand itu dengan jaringan 3-2.

Video yang merakam insiden berkenaan turut dimuat naik ke media sosial dan kemudian menjadi tular dalam kalangan warga maya, khususnya peminat bola sepak di Asia.

Dion Cools nyaris dipukul dalam insiden pergaduhan pemain Zhejiang vs Buriram United

Menerusi video tular tersebut, pemain nombor 10 Buriram, Ramil Sheydayev dilihat telah dibelasah beramai-ramai oleh pemain pasukan tuan rumah.

Apabila melihat keadaan semakin tidak terkawal, Cools kemudiannya cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Bagaimanapun, dia telah ditolak dan diprovokasi oleh pemain dan pegawai pasukan lawan.

Kredit YouTube

Melihat kepada video yang tular, insiden pergaduhan berkenaan kemudian berjaya dikawal dan dihentikan. Manakala nasib pemain yang dipukul bagaimanapun tidak diketahui.

Dalam pada itu, gol-gol Zhejian dijaringkan oleh Leo Souza, Frakon Andrisajevik dan Lucas Possignolo, manakala Buriram United menyumbat dua gol menerusi Haris Vuckic dan Lonsana Doumbaya.

Buriram United ditangga ketiga kumpulan H dengan enam mata, Zhejiang corot

Selepas lima perlawanan, Buriram United berada di tangga ketiga kumpulan H dengan mengumpul enam mata. Zhenjian berada di kedudukan terakhir walaupun berkongsi mata dengan Buriram.

Manakala kumpulan tersebut diterajui oleh kelab dari Jepun, Ventforet Kofu manakala di tangga kedua adalah Melbourne City.

Dion Cools merupakan pertahanan tengah utama negara yang menjadi tunjang sepanjang aksi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia yang berlangsung sebelum ini.

Aksi bersahaja tetapi bertenaga beliau berjaya membantu pasukan kebangsaan mencatatkan dua kemenangan ketika bertemu Kyrgyzstan dan Chinese-Taipei.

BACA: Perhilitan Sahkan Pekerja Ladang Maut Dibaham Harimau Belang

Sumber: Stadium Astro, YouTube/Kingdom of Football

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka