Siakap Keli
kucing fine dining

Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Sekiranya korang ada bela haiwan peliharaan terutamanya bulus iaitu kucing mesti dah pernah lalui pelbagai fasa dan hadap bermacam ragam dalam membesarkan si manja.

Sesetengah si manja ni kalau dapat yang baik, memang kita akan sayang sangat tetapi kalau dapat jenis yang tak behave, buat perangai dan demand nak makan makanan mahal je memang pening nak jaga.

Tapi, tak semua kucing macam itu ada je yang sering menunjukkan kelakuan baik hingga masyarakat melabelkan perangai tersebut seperti melawan hukum kucing, mana tidaknya kucing ini dibawa sertai satu acara makan beradab atau fine dining.

Dalam majlis tu siap ada meja lagi dan yang paling menarik menu yang dihidangkan sangat mewah tak macam makanan untuk kucing langsung.

Acara yang dimaksudkan di sini adalah Catelier yang dianjurkan oleh jenama makanan kucing Delizios untuk pemilik dan haiwan peliharaan mereka bertempat di Mao Catfe di Kuala Lumpur.

Kalau nak tahu, acara ini adalah Acara Fine Dining kucing pertama yang pernah diadakan di Malaysia, yang bertujuan untuk mengumpulkan pencinta kucing merasai pengalaman makan fine dining bersama haiwannya.

kucing makan beradab

Acara itu telah menyediakan menu lengkap buat si manja dan pemiliknya, semestinya dihidangkan dengan hidangan daripada Delizios, Menu Purrlinary Delights khas untuk kucing.

Pembuka Selera: Bermula dengan pembuka selera, kucing-kucing tersebut telah dihidangkan daging tuna Delizios daging tuna bersama salmon dalam kuah yang dipanggil “surfing on oceanic fusion”.

Hidangan Utama: Kemudian, bagi hidangan utama pula diberi nama “gourmet seafood symphonyiaitu Delizios sup ayam dan Delizios bonito loin chuck dalam kuah udang.

Pencuci Mulut: Jamuan tersebut diakhiri dengan pencuci mulut “tuna temptations fuo“, Delizios tuna mousse dan Delizios tuna cat lick.

Tidak dilupakan juga dengan makanan ringan yang boleh dinikmati oleh kucing khas daripada Delizios untuk menambahkan lagi keseronokan semasa jamuan berlangsung.

Dengar sahaja pun dah boleh tahu menu yang dihidangkan sedap dan buat para pemilik pula, mereka berpeluang untuk terlibat dalam bengkel kraft pembuatan sendiri (DIY), terima hadiah, ambil bahagian dalam cabutan bertuah dan banyak lagi.

Jamuan tersebut juga dipenuhi dengan orang ramai yang hadir bersama kucing mereka dan turut memeriahkan acara, artis jemputan Mark Adam juga datang bersama kucing kesayangannya.

Mark Adam yang juga penyanyi turut menyanyikan lagu Rokieya, yang diciptakan khas buat kucing-kucing di luar sana dan secara tidak langsung telah menjadi sorotan majlis.

Tawarkan set makanan lengkap untuk kebahagiaan si manja

Untuk pengetahuan, Delizios menawarkan rangkaian lengkap kucing termasuk siri kering dan siri makanan basah Adorée, jeli dan kuah, mousse dan cat lick yang sering menjadi pilihan buat si manja.

Dalam siri kering, ia direka khas untuk memenuhi citarasa kucing dengan menyediakan diet seimbang dan berkhasiat dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

Kemudian, siri Adorée pula memfokuskan kepada protein seperti ayam, sayur-sayuran dan tuna asli dalam hidangan yang mampu memberi rasa lazat dan nutrisi kepada kucing.

Dalam pada itu, set makanan yang disediakan oleh Delizios ini juga menggunakan bahan seperti daging putih dalam siri jeli dan kuah. Menariknya, daging tersebut adalah 100 peratus daging putih yang premium!

Tidak dilupakan juga, siri makanan set lengkap juga hadir dengan rasa berkrim yang membantu memudahkan si manja menghadam makanan selain ia menggalakkan pemuliharaan marin. Ia juga mampu meningkatkan kesihatan mata, jantung dan kesuburan bulus.

Manakala, bagi cat lick pula semestinya mempunyai kebaikan 100 peratus tuna dan ayam asli yang sesuai untuk semua kucing dalam peringkat umur.

Acara seperti ini sememangnya menambahkan kemeriahan di samping memperkenalkan kepada kucing tentang makanan yang berkhasiat, berkualiti dan bahan-bahan premium untuk penghadamannya.

Nak tahu lebih lanjut tentang Delizios, layari laman web di sini dan juga media sosial di Instagram dan Facebook untuk dapatkan makanan terbaik buat kucing kesayangan anda!

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana