Siakap Keli
bateri smart key kereta
Kredit: Sharizat Hussein/Facebook

Tak Perlu Pergi Kedai, Ni Perkara Perlu Buat Kalau Bateri “Smart Key” Kereta Habis

Tak Perlu Pergi Kedai, Ni Perkara Perlu Buat Kalau Bateri “Smart Key” Kereta Habis

Bagi mereka yang mempunyai kereta menggunakan keyless entry, pasti tahu betapa mudahnya kegunaan tersebut.

Rata-rata kereta yang dikeluarkan pada ketika ini sudah menggunakan ciri tersebut susulan ia membantu memudahkan pergerakan.

Bagaimanapun, jika smart key itu kehabisan bateri mesti akan merunsingkan kepala kerana perlu ditukar di kedai.

Tetapi tahukah anda, pertukaran bateri tersebut boleh dilakukan di rumah sekiranya tahu cara.

Menerusi perkongsian Sharizat Hussein, modal yang dikeluarkan untuk pertukaran bateri itu juga tidak melebih RM5, mengikut kedai yang menjual bateri.

Dia berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk menukar bateri tersebut jika ia habis.

BACA: Kredit RM100 eMADANI Anda ‘Tak Laku’ Kalau Guna Untuk Benda Ni

Ini perkara yang perlu dilakukan jika bateri smart key habis

Menurutnya, cara nak tukar bateri dia senang sahaja, semua ada dan tidak perlu pergi ke kedai.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menarik klik di bahagian depan ke bawah dan dalam masa yang sama tarik juga kunci.

Kemudian masukkan kunci itu tadi ke dalam lubang di bahagian bawah selongsong.

Masukkan kunci itu dan pusing sedikit supaya selongsong dapat dibuka.

Apabila selongsong sudah dibuka, keluarkan bateri.

Bateri jenis itu boleh dicari di kedai berdekatan yang menjual perkakasan rumah atau kereta dan harganya juga tidak melebihi RM10.

Tukar sahaja bateri tersebut seperti biasa, tutup kembali selongsong dan siap!

Apa yang perlu dibuat kalau bateri kunci kereta habis?

Sekiranya anda tidak mempunyai bateri ganti, perkara yang perlu dilakukan adalah dengan mengeluarkan kunci itu daripada selongsong dan bukanya secara manual.

Masukkan kunci kereta di pintu kemudian pusingkannya ke kanan untuk membuka kereta.

Kemudian, rapatkan bekas kunci kereta pada butang pusat sambil menekan brek dan secara tidak langsung ia akan hidup.

Kredit: Sharizat Hussein/Facebook

Sumber: Sharizat Hussein/Facebook

BACA: Buat Macam Ni, Tips Bagi Santan Beku Jadi ‘Cantik’ Semula, Tak Berketul-ketul

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana