Siakap Keli
Daniel Akmal telah ditemui
Kredit Facebook/Yusri Yunos

Hilang Sejak Khamis, Adik Daniel Akmal Ditemui Selamat

Hilang Sejak Khamis, Adik Daniel Akmal Ditemui Selamat

Remaja berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Berita penemuan Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos pada malam tadi.

Menurut perkongsian tersebut, adik Danile Akmal ditemui hasil bantuan dan kerjasama daripada warga sekolah, jemaah Masjid Saiditina Othman dan penduduk Bandar Tun Razak.

Pencarian remaja berkenaan turut digerakkan oleh anggota polis dari IPD Cheras.

“Alhamdulillah. Dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.

“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak dari awal sehingga malam ini. Iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya.

Sebelum ini, berita kehilangan adik Daniel Akmal telah dilaporkan pada Khamis sekitar jam 1.21 tengah hari.

Memetik Astro Awani, adik Daniel Akmal dikatakan telah dilihat buat kali terakhir berada di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras pada jam 12.30 tengah hari.

Susulan laporan yang diterima itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya segera melakukan operasi pencarian.

Berita kehilangan remaja tersebut turut dihebahkan kepada orang awam menerusi media sosial.

BACA: Malaysia Bakal Menerima Pelaburan Besar Bagi Mewujudkan Teknologi AI

Terdahulu, negara digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak autisme yang dikenali sebagai adik Zayn Rayyan Abdul Matiin enam tahun.

Sebelum itu, adik Zayn Rayyan telah dilapor hilang di kawasan kediaman di Apartment Idaman, Damansara Damai tengah hari Selasa lalu.

Menurut Sinar Harian, mayat mangsa telah ditemui di anak sungai berhampiran kawasan kediaman sekitar jam 10 malam, Rabu lalu.

Difahamkan, mayat mangsa telah ditemui oleh sekumpulan penduduk yang dikatakan turun membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencari adik Zayn.

Mangsa dikatakan telah ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga mangsa.

Kes adik Zayn Rayyan kemudiannya telah diklasifikasikan oleh polis sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan luka di leher mangsa.

Sehingga kini, polis masih lagi sedang giat menjalankan siasatan dalam mengesan suspek utama dalam kejadian tersebut.

Sumber: Facebook/ Yusri Yunos, Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka