Siakap Keli
ayam berkokok 7 pagi
Kredit: Daily Mail

Jiran Tak Puas Hati Ayam Berkokok Sebelum 7 Pagi

Jiran Tak Puas Hati Ayam Berkokok Sebelum 7 Pagi

Gara-gara berkokok terlalu awal pagi, seorang penternak di Britain telah diminta untuk memusnahkan ayam-ayam jantannya susulan terdapat aduan mengenai perkara itu daripada  jirannya, lapor Daily Mail.

Pentadbiran Cheshire West dan Chester menerima aduan daripada jiran Luke Ormond bahawa bunyi kokokan kawanan ayam jantannya menyebabkan mereka terjaga sebelum jam 7 pagi.

Susulan itu, pihak berkuasa melawat rumahnya di Antrobus, bandar Northwich untuk memasang alat pemantauan bunyi, yang merekodkan ayam berkokok pada pukul 6.50 pagi.

Bagaimanapun, Ormond tidak mendengarkan khabar berita tentang perkara itu untuk jangka masa yang panjang sehinga September lalu, di mana dia menerima surat yang mendakwa ayam jantannya menyebabkan gangguan bunyi di kawasan perumahannya.

Surat tersebut turut mengemukakan beberapa cadangan termasuk memasang bidai pada rebannya untuk menghalang cahaya.

“Ayam jantan saya sering mula berkokok pada pukul 6.50 pagi tetapi ia dikatakan sepuluh minit terlalu awal untuk penduduk di kawasan ini.

“Jika ia berkokok 10 minit selepas pukul 7 pagi, mungkin tiada masalah,” katanya.

Katanya, dia tidak boleh mengawal bunyi kokokan yang dibuat oleh haiwannya atau mengawal bila binatang itu mahu berkokok.

BACA: Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity

Mengakui tertekan dengan surat yang diterima, Ormond berkata dia terpaksa mengambil cuti selama lima hari untuk menyelesaikan masalah itu bersama pihak berkuasa.

“Semua emosi saya terganggu. Salah satu yang buatkan saya terkesna apabila jiran membuat aduan ke atas ayam jantan saya,” katanya.

Kredit: Daily Mail

Jelasnya sebelum ini, mereka mempunyai hubungan yang sangat baik dan pernah bertukar hidangan sebagai hadiah pada Krismas.

Ormond yang juga merupakan penternak memulakan petisyen bantahan yang telah mendapat ratusan sokongan daripada penyokong yang menggesa supaya majlis menarik balik ancaman terhadap haiwan peliharaannya.

Petisyen tersebut diberi tajuk ‘Lindungi Hak untuk Menyimpan Ayam Sabung di Luar Bandar Antrobus, Northwich’.

Sebelum ini, lelaki itu turut menerima aduan yang sama daripada jirannya yang mengatakan ayam sabungnya berkokok terlalu awal.

Penternak berkata pada permulaan dia mula menternak dan menjual ayam sebagai hobi sampingan.

Kini dia memelihara sehingga 100 ekor burung, termasuk ayam jantan di rumahnya.

Sumber: Daily Mail

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana