Siakap Keli
laluan kuala krai air awal pagi
Kredit: Bernama

Beberapa Laluan Di Kuala Krai Dinaiki Air Awal Pagi Tadi

Beberapa Laluan Di Kuala Krai Dinaiki Air Awal Pagi Tadi

Beberapa laluan di sekitar kampung di Kuala Krai, Kelantan dilaporkan mula dibanjiri air awal pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

BERNAMA dalam tinjauannya melaporkan kejadian itu turut berlaku di Kampung Sepuloh, Bukit Arang, Bukit Sireh, Batu Mengkebang dan Kampung Kenor.

Hasil tinjauan mendapati, para penduduk tidak berani merentasi laluan di kampung mereka kerana arus deras dan bimbang akan keselamatan diri.

Pada masa yang sama, BERNAMA turut berkongsi satu klip video yang memaparkan keadaan banjir di kawasan-kawasan berkenaan.

Video yang berdurasi 28 saat itu dipercayai diambil oleh pihak BERNAMA yang bergerak dengan menggunakan bot.

Dalam rakaman tersebut, beberapa buah rumah penduduk kelihatan turut terjejas dengan kenaikan air.

Ramalan cuaca signifikan di beberapa kawasan, termasuk Kelantan

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah membuat pengumuman berkenaan ramalan cuaca signifikan berkenaan penumpuan angin dijangka berlaku di timur dan selatan Semenanjung sehingga 15 Disember 2023.

Menurut MET Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tersebut.

Selain itu, MET Malaysia turut mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) yang melibatkan beberapa negeri di Pantai Timur.

Amaran yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah  berkuat kuasa sehingga 14 Disember 2023.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.”

laluan kuala krai
Kredit: MET Malaysia

 

Dua PPS dibuka di Kuala Selangor

Manakala, sebanyak  dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sejak malam tadi ekoran hujan lebat petang semalam.

Menurut BERNAMA, sebanyak 75 orang daripada 26 keluarga mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke dua PSS sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, semua mangsa banjir berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.

Pada masa yang sama, laman web Public Info Banjir memaklumkan aras sungai Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pula melepasi paras bahaya dengan 27.1 meter. Namun, terdapat trend penurunan paras air dilaporkan setakat 9 pagi ini.

BACA: Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Sumber: Bernama via X, MET Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma