Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Leher Hampir Putus Terkena Mesin Pemotong Besi, Lelaki Dilaporkan Maut

Syed Faisal Sayed Muhammad
Gambar: PDRM Via Astro Awani

Leher Hampir Putus Terkena Mesin Pemotong Besi, Lelaki Dilaporkan Maut

Kubang Pasu: Seorang lelaki dilapor maut selepas lehernya hampir terputus terkena mesin pemotong besi di stor rumahnya yang terletak di Kampung Pida Lama, lapor Astro Awani.

Berita itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Mangsa, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Menurut Rodzi, panggilan berhubung kejadian telah diterima oleh kaunter Balai Polis Kodiang pada jam 5.30 petang. Aduan itu dibuat berhubung kematian lelaki berkenaan yang dijumpai di lokasi kejadian.

Susulan aduan yang diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu telah dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 5.55 petang. Operasi itu juga turut disertai oleh anggota Balai Polis Kodiang.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa ditemui dalam keadaan berlunjur dan di atas lantai berdekatan dengan mata pemotong mesin elektrik.

“Mangsa yang masih bujang adalah anak keempat daripada enam beradik dan mempunyai kelulusan daripada Kolej Matrikulasi Tambun Tulang di Perlis.

“Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama dua orang adiknya, ternampak abangnya terbaring dengan luka di leher berdekatan dengan mesin pemotong besi dan tidak sedarkan diri sewaktu pergi ke stor untuk mengambil barang,” katanya ketika dihubungi Astro Awani hari ini.

Tambah Rodzi, orang pertama yang telah menjumpai mayat mangsa ialah adik bongsunya dan dia seterusnya memaklumkan penemuan itu kepada kakaknya.

Kakak mangsa mendakwa bahawa dia tidak melihat orang luar datang ke rumah sebelum penemuan itu dibuat.

Menurut Astro Awani, berdasarkan keterangan bapa mangsa, mangsa dipercayai telah mengalami demam sejak empat hari lalu dan masih belum pulih sepenuhnya.

“⁠Pegawai dan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hadir ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan hanya terdapat kecederaan di bahagian leher dipercayai akibat terkena bilah pemotong besi mesin elektrik.

⁠”Pemeriksaan lanjut pada mayat juga dapati tiada tanda-tanda pergelutan, tiada tanda kemalangan atau mangsa cuba membunuh diri.

“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang objek yang mencurigakan,” katanya.

Menurut Rodzi lagi, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk operasi bedah siasat.

Kes kematian itu telah diklasfikikasikan sebagai mati mengejut.

BACA: Suri Rumah, Dua Anak Maut Kereta Bertembung Treler

Sumber: Astro Awani