Siakap Keli
Gambar: epicgardening via TikTok

Cara Tanam Bawang Putih Yang Mudah

Cara Tanam Bawang Putih Yang Mudah

Zaman sekarang ni, makin ramai orang yang suka bercucuk tanam. Ia merupakan antara salah satu hobi yang boleh mendatangkan hasil kepada anda. Lebih-lebih lagi apabila anda menanam sayur-sayuran atau buah-buah. Apabila tanaman anda sudah sedia untuk dipetik, anda bolehlah menikmati hasil tanaman anda itu.

Sekiranya anda tanam bunga, mungkin anda boleh gunakan bunga itu untuk membuat surprise bouquet. Selain itu, anda boleh juga menghadiahkan bunga anda itu untuk keluarga anda ataupun rakan-rakan anda.

Kebiasaannya, antara tanaman yang sering ditanam adalah bunga ros, bunga matahari, cili, bendi, jambu, mangga dan banyak lagi. Tetapi, tak ramai orang yang mahu menanam bawang putih walaupun sebenarnya anda kebiasaannya akan gunakan bawang putih dalam masakan anda.

Mungkin tidak ramai yang tahu cara tanam bawang putih ini sebenarnya sangat mudah. Mari belajar bersama cara mudah untuk tanam bawang putih.

Cara Tanam Bawang Putih

Mudah saja rupanya cara nak tanam bawang putih ini. Mula-mula, anda ambil selabu bawang putih yang anda beli di kedai atau pasar. Kemudian, anda pisahkan setiap ulas bawang putih itu daripada labunya.

Pisahkan guna jari sahaja, tak perlu gunakan pisau. Berhati-hati ketika melakukannya, jangan sampai kulit bawang putih itu tertanggal.

Selepas anda telah memisahkan bawang putih daripada labunya, anda asingkan pula ulas bawang putih yang lebih kecil, daripada ulas bawang putih yang lebih besar. Ini kerana, labu yang besar akan tumbuh sekiranya anda menanam ulas yang  besar itu.

Seterusnya, anda galikan lubang sedalam 10 sentimeter (empat inci) dan masukkan bawang putih itu. Pastikan bahagian hujung bawang putih yang kelihatan tajam itu menghala ke arah atas. Kemudian, anda boleh kambuskan tanah itu.

Untuk memastikan tanah tanaman anda itu segar, anda bolehlah taburkan sungkupan di sekitarnya. Sungkupan ini merupakan bahan untuk menyuburkan tanah seperti dedaun yang mereput, kulit kayu dan juga sabut kelapa.

Kalau anda nak tahu, bulan yang sesuai untuk menanam bawang putih ini bagi kebanyakan iklim, adalah pada bulan Oktober hinggalah bulan November. Sekiranya anda berada di kawasan yang mempunyai iklim yang lebih sejuk, anda memerlukan lebih banyak sungkupan.

Mudah kan cara tanam bawang putih ini? Selamat mencuba!

@epicgardening

There are tons of garlic hacks but this is the actual easiest planting method to grow great garlic bulbs. Don’t over complicate it! You can sprout grocery garlic but it’s just less likely to sprout as they’re older and sprayed with growth inhibitors. Best used for the tops. I recommend buying seed garlic if you want to grow bulbs. #garden

♬ original sound – Epic Gardening

Sumber: epicgardening

BACA JUGA: Resipi Chicken Chop Homemade, Ada Kentang Dan Coleslaw Juga Tau!

Nurul Alya