Siakap Keli
M Daud Kilau Meninggal
Gambar: FB Akmal Haji Kamaruddin

Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 petang di Hospital Teluk Intan hari ini.

Berita duka itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Haji Kamaruddin di akaun Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

“‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali’.

“Al-Fatihah… Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk M Daud Kilau telah menghembus nafas terakhirnya (meninggal dunia) jam 4.40 petang di Hospital Teluk Intan, hari ini,” tulisnya di platform tersebut.

BACA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Alami Sesak Nafas, Dilapor Kritikal

Beliau turut mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan berharap agar sabar dan tabah dengan ketentuan Allah SWT.

“‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya,” katanya lagi.

Menerusi kiriman itu juga, Akmal juga berkongsi beberapa foto ketika beliau menziarahi Allahyarham sebelum ini.

BACA: JKM Beri Bantuan Kewangan Bulanan Kepada Penyanyi Veteran M Daud Kilau

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa berita duka itu juga turut disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram menerusi Instagram.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” katanya ringkas menerusi ‘Insta Story’.

Difahamkan, penyanyi itu sebelum ini mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang  pendengaran.

Jenazah Allahyarhan dijangkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas Zuhur esok.

Salam takziah dari pihak SK, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

BACA JUGA: Penyanyi Ibnor Riza Meninggal Dunia

Sumber: Facebook Akmal Haji Kamaruddin

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?