Didakwa Seperti Dipukau, Tular Lelaki Berjalan Masuk Dalam Sungai
Tular satu video yang memaparkan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam sungai tanpa menghiraukan jeritan orang ramai yang memanggilnya dalam satu kejadian di Tanjung Emas, Muar, baru-baru ini.
Dalam klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @shah_evanddy91, lelaki terbabit didakwa seperti dipukau kerana tidak mengendahkan jeritan orang ramai.
“Terkejut bila dengar orang jerit mintak tolong, tengok mamat ni dah kat dalam sungai Muar.. scary” tulisnya.
Jelasnya lagi, terdapat saksi yang mendakwa lelaki terbabit pada awalnya seperti dipukau sebelum masuk ke dalam sungai berkenaan.
“Dia tak toleh langsung. Masa dah kat dalam ni dia nangis. Saya tak tahu sebab apa? Mungkin dia takut tapi diam dan kaku kat situ,” katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai bagaimana mangsa boleh terapung di dalam air, pemilik video terbabit memberitahu dipercayai air tidaklah terlalu dalam berikutan sewaktu kejadian air sungai sedang surut.
Walau bagaimanapun, dalam perkongsian video lain yang dimuatnaiknya turut mendedahkan lelaki terbabit telah berjaya diselamatkan.
Mangsa telah dibawa menaiki sebuah ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Ambulans dah bawak pergi hospital. Harap mangsa okay,” katanya.
BACA JUGA: Ini Senarai 25 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan situasi itu dan tertanya-tanya mengenai keadaan lelaki berkenaan.
Bahkan segelintir warga maya turut memberikan pelbagai nasihat kepada mereka yang berhasrat ke lokasi berhampiran.
Sehingga kini, maklumat lanjut mengenai alasan lelaki itu masuk ke dalam sungai masih belum diketahui.
@