Siakap Keli
lelaki maut mayat belakang rumah
Gambar: Sinar Harian

Lelaki Maut Ketika Bergaduh, Mayat Ditanam Belakang Rumah

Lelaki Maut Ketika Bergaduh, Mayat Ditanam Belakang Rumah

Pergaduhan antara dua lelaki berakhir dengan darah selepas salah seorangnya maut dalam kejadian di Sungai Choh, Rawang malam tadi, lapor Sinar Harian.

Namun tragedi tragis itu tidak tamat di situ apabila mayat mangsa dilaporkan ditanam di kawasan sekitar belakang rumah, bertujuan untuk menyembunyikan kejadian terbabit.

Selepas dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan pasukan forensik hadir ke tempat kejadian.

Polis berkata sekitar jam 5 pagi pada Ahad, mayat mangsa dijumpai dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Satu kenyataan berkaitan kes tersebut akan dikeluarkan polis, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 70 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabas berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 3.19 petang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati kenderaan mangsa dari arah Jalan Zainal Abidin bergerak perlahan dalam jarak 100 meter ke Jalan Sultan Ibrahim tanpa berhenti di simpang jalan.

“Mangsa ketika itu dipercayai tidak sedarkan diri dan kenderaan mangsa telah terbabas ke arah pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Tong Sampah Sanitasi

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana