Siakap Keli
cara buang air di hutan
Gambar: @tuan_hutan/TikTok

Jangan Main Lepas Kat Sungai, Ni Cara Betul Buang Air Kecil & Besar Di Hutan

Jangan Main Lepas Kat Sungai, Ni Cara Betul Buang Air Kecil & Besar Di Hutan

Bagi mereka yang minat dengan aktiviti luar, mesti teruja untuk pergi mendaki gunung atau mandi sungai kerana dapat menikmati keindahan alam selain lari sebentar daripada kesibukan kerja.

Apabila berada di hutan, perasan tak sesetengah di antara kita  ada amalkan amalan minta izin daripada ‘atuk’ dan ‘nenek’ sebelum membuang air kecil di dalam hutan?

Katanya, itu adalah adab yang perlu dilakukan memandangkan kawasan tersebut didakwa kononnya mempunyai ‘penjaga’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun mungkin ada juga yang terlepas pandang tentang adab dan prosedur sebenar cara membuang air kecil di dalam hutan.

BACA: Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je

Cara betul buang air kecil dan besar dalam hutan

Disebabkan itu, seorang lelaki, Tuan Hutan (@tuan_hutan) di TikTok berkongsi tip dan mengajar cara bagaimana untuk membuang air kecil dan air besar di dalam hutan dengan ‘adab’ yang betul tanpa merosakkan alam.

Jelasnya, perkara tersebut adalah mudah untuk dilakukan namun tidak ramai yang tahu susulan memilih untuk membuangnya berdekatan dengan sungai.

Menurut lelaki itu, orang ramai tidak digalakkan untuk membuang air kecil dan air besar di dalam sungai kerana boleh menjejaskan kesihatan diri.

“Yang pertama jangan kencing berdekatan dengan air sungai dan yang kedua jangan masa berendam selepas itu kencing.

“Hal ini kerana bakteria berpotensi untuk masuk di tempat lubang kencing. Kalau mahu kencing, buang di batu bata (kawasan berbatu), jangan terus di air,” jelasnya.

Ujarnya, cara yang betul adalah dengan membuat atau mengorek lubang di tanah kemudian kencing di tempat tersebut.

“Kalau di tengah-tengah hutan, buat lubang sedikit menggunakan tumit kaki dan kemudian cangkung untuk kencing.

“Selepas selesai, tutup lubang tersebut dengan daun-daun kering yang berada di sekeliling,” katanya.

Tambahnya, perkara tersebut adalah satu disiplin untuk membuang air kecil dan air besar di dalam hutan.

Mengulas lanjut, lelaki itu berkata orang ramai dilarang untuk membuang air kecil di pokok-pokok dan lubang untuk mengelakkan merosakkan ekosistem binatang dan tumbuhan.

“Elakkan untuk membuang di perdu-perdu pokok dan lubang kerana ia berpotensi didiami oleh binatang seperti tikus, ular dan lain-lain.

“Seterusnya, sekiranya ternampak laluan semut pada kayu elakkan untuk kencing pada serangga tersebut.

“Paling penting, baik di bandar atau hutan, jangan kencing kawan sendiri,” katanya mengakhiri video tersebut dengan nada berseloroh.

@tuan_hutan

Part 2 : Ini adalah satu disiplin untuk membuang air kecil dan besar didalam hutan. Semoga bermanfaat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #ilmuhutan #hikingtiktok #tenteradarat #sniper #picnictiktok #kakikencing #berkelah

♬ original sound – TUAN HUTAN – TUAN HUTAN

Sumber: @tuan_hutan/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana