Siakap Keli
mayat lelaki dalam kereta
Gambar: Sinar Harian

Pengunjung, Peniaga Dakwa Temukan Mayat Lelaki Dalam Kereta

Pengunjung, Peniaga Dakwa Temukan Mayat Lelaki Dalam Kereta

Para pengunjung dan peniaga di tapak jualan but kereta (car boot sale) Kota Damansara mendakwa telah menemukan mayat dipercayai seorang lelaki dalam sebuah kereta di kawasan parkir di situ , pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, mayat lelaki terbabit dipercayai telah berbau busuk dan kembung.

Rakaman video awam menunjukkan orang ramai di sekitar lokasi kejadian mengerumuni kereta berkenaan, selain pihak polis turut berada di sana bagi menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, setakat ini polis masih belum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kes tersebut.

Semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan warga asing berjalan beramai-ramai di Pengerang.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana