Siakap Keli
android battery health
Kredit: Bernama

Peranti Android Bakal Ada Indikator “Battery Health”, Mirip Iphone

Peranti Android Bakal Ada Indikator “Battery Health”, Mirip Iphone

Peranti Android dilapor mungkin bakal hadir dengan indikator battery health di masa hadapan, lapor The Verge.

Indikator mirip tetapan yang ada pada peranti Apple itu bertujuan untuk mengukur tahap kemampuan dan ‘kesihatan’ bateri untuk beroperasi secara optimum.

Sebelum ini, pengguna peranti Android terpaksa bergantung kepada aplikasi pihak ketiga untuk memantau prestasi bateri telefon bimbit masing-masing.

Ia sedikit berbeza dengan pengguna peranti Apple di mana maklumat berkenaan bateri boleh diakses pada bahagian Tetapan peranti tersebut.

Android telah menambah beberapa kemas kini berkaitan bateri

BACA: Macam Sabut Kelapa, Fungsi ‘Kain’ Ini Diletak Di Cerun Bukit Ramai Tak Tahu

Terdahulu, kemaskini berkenaan maklumat bateri dalam peranti Android pertama kali dikesan melalui Pixel Feature Drop.

Menerusi kemas kini terbaru itu, pengguna peranti tersebut dapat melihat maklumat berkenaan tarikh pembuatan bateri serta kiraan kitarannya.

Walau bagaimanapun, bersama kemaskini Android 14 QPR2 Beta 2 turut tersembunyi satu halaman khas ‘battery health’, kata Android Authority seperti dilaporkan The Verge.

Sungguhpun kemas kini berkenaan tidak menunjukkan meter kesihatan bateri yang sebenar, namun kod-kod yang ada mencadangkan bahawa paparan seperti ‘berapa peratus kapasiti semasa bateri’ juga bakal hadir.

Selain itu, Andorid Authority juga mengesan beberapa ikon yang kelihatan seperti mewakili ‘kapasiti bateri berkurangan’ atau ‘bateri tidak dikesan’ dalam kemas kini itu.

Malah mereka mendapati tetapan itu juga turut akan memberi notifikasi kepada pengguna sekiranya terdapat perkembangan terkini tentang kesihatan bateri.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila ciri-ciri berkenaan bakal dapat dinikmati pengguna peranti Android lain secara rasmi.

Namun beberapa petunjuk mendapati bahawa kemas kini tersebut mungkin mula dinikmati pengguna menerusi sistem operasi Android 15 kelak.

Walau pun ciri-ciri tersebut kelihatan begitu asas kepada pengguna iPhone, namun ramai pemerhati dunia gajet menganggap ia sebagai perkembangan baik untuk pengguna Android.

Sekurang-kurangnya, pengguna Andr0id kelak dapat memantau keadaan kesihatan bateri peranti mereka dari semasa ke semasa.

Malah, ia juga dapat membantu pengguna Android merangka jadual penyelenggaraan atau penggantian komponen tertentu peranti masing-masing dengan teratur.

BACA: Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Sumber: The Verge, Forbes

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma