Siakap Keli
Dua Pegawai Kanan Badan
Kredit: Sinar Harian

SPRM Tahan Dua Pegawai Badan Berkanun, Disyaki Seleweng Dana RM1.2 Bilion

SPRM Tahan Dua Pegawai Badan Berkanun, Disyaki Seleweng Dana RM1.2 Bilion

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan badan berkanun selepas disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan (MOF).

Menurut Sinar Harian, ia melibatkan dana peruntukan daripada kementerian berkenaan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.

Suspek yang kedua-duanya berumur 50 tahun, didakwa menyalahgunakan dana berkenaan dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti mana yang dinyatakan dalam permohonan.

Lapor Sinar Harian lagi, kedua-dua suspek ditahan reman bermula 15 Mei selama empat hari. Ia selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh SPRM.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek ketika dihubungi wartawan tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

BACA: Kerajaan Tiada Hubungan Dengan Sayap Ketenteraan Hamas – Fahmi Fadzil

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.