Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar via Che Sayang Kitchen

Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat

Nurul Alya

Resipi Mi Soto Ayam Sizzling, Hidangan Mudah Dan Cepat

Mi segera merupakan makanan yang sangat biasa dimakan oleh kebanyakan orang. Ada kalanya, ia dimakan ketika seseorang itu rasa malas untuk memasak. Ada juga yang makan mi segara kerana mereka mahu cepat ke kelas ataupun ke tempat kerja.

Mi segara ini pula mempunyai pelbagai perisa. Ada perisa kari, sup, tomyam, mi goreng dan juga mi soto. Disebabkan perisanya yang pelbagai itulah yang menjadikan mi segera ini sebagai makanan kegemaran orang ramai.

Kebanyakan orang kalau masak mi segera, mereka akan menambah telur untuk menjadikan mi segera mereka lebih sedap. Terdapat juga mereka yang menambah bebola ikan, crab stick, sosej dan sayur-sayuran ketika masak mi segera. Semuanya ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing.

Kalau nak tahu, mi segera soto juga boleh dimakan dengan ayam sizzling tau! Kalau anda penggemar sizzling hot plate, anda pasti tahu mengenai ayam ini. Resipi yang nak dikongsikan ini akan mengajar anda cara-cara membuat mi soto ayam sizzling ini.

Bahan-Bahan & Cara Membuat Ayam Sizzling

Bahan-bahan yang diperlukan ayam, gunakan bahagian isi, bawang Holland dan bawang putih, daun bawang, air, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis.

Selain itu, bahan-bahan yang lain adalah serbuk lada putih, stok pati ayam dan air tepung jagung. Sebelum anda mula memasak, pastikan isi ayam dipotong kecil-kecil. Bawang Holland, bawang putih dan daun bawang pula haruslah dihiris halus.

Kemudian, barulah anda tumiskan bawang putih dan bawang Holland itu. Tumiskan sehingga ia naik bau dan masukkan pula isi ayam serta daun bawang. Lebihkan sikit daun bawang itu supaya rasanya lebih sedap.

Seterusnya, anda masukkan sedikit air, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis. Masukkan juga serbuk lada putih dan stok pati ayam. Masakkan semua bahan-bahan seketika.

Selepas itu, anda masukkan air tepung jagung dan masak sehingga ia masak sepenuhnya. Setelah siap dimasak, anda boleh letakkan ayam sizzling ini ke dalam bekas yang bersesuaian.

Untuk mi soto pula, anda hanya perlu gunakan mi segera perisa soto. Masak mi segera itu bersama perencah yang disediakan. Apabila ia sudah masak, anda hidangkan mi itu ke dalam mangkuk bersama kuahnya sekali.

Anda boleh letakkan ayam sizzling yang sudah dimasak tadi ke atas mi itu dan anda sudah boleh menjamu selera. Senang kan resipi ini? Anda cubalah!

Sumber: Che Sayang Kitchen

BACA JUGA: Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je