Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Selesai Hafaz 30 Juzuk al-Quran, Fadhlina Sidek Panjat Rasa Syukur

Nurhanis
anak fadhlina 30 juzuk
Kredit: Fadhlina Sidek/Facebook

Anak Selesai Hafaz 30 Juzuk al-Quran, Fadhlina Sidek Panjat Rasa Syukur

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memanjatkan rasa syukur apabila anaknya, Maryam Fadhilah Mohd Fadzli menyelesaikan hafazan 30 juzuk al-Quran di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam satu perkongsian, Fadhlina yang hadir bersama suaminya di majlis tersebut berkesempatan menyaksikan kejayaan anaknya yang khatam pada hari dia dilahirkan.

“Masya-Allah, tabarakallah syahdu sungguh oemma pagi (semalam) ini. Anakanda yang dilahirkan pada 1 Muharam dan tinggi iltizam untuk menyelesaikan hafazan 30 juzuk pada tarikh kelahirannya.

“Selesai sudah Majlis Khatam 30 juzuk anakanda Maryam Fadhilah. Allahuma bariklaha,” katanya dalam satu hantaran pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Maryam dan semua asatizah yang telah menyumbang kepada asbab anaknya selesai menamatkan 30 juzuk.

Kredit: Fadhlina Sidek/Facebook

Ucapan terima kasih juga diucapkan buat mereka yang mendoakan serta sokongan keluarga di sepanjang tempoh Maryam menghafaz, kata Fadhlina.

BACA: Ryan Bakery Bergelar Bapa, Isteri Lahirkan Bayi Lelaki

Sementara itu, Fadhlina berkata selepas selesai urusan Maryam, beliau akan menguruskan perihal anaknya yang mengambil aliran lain pula.

“Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini, dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman Al Quran.

“Selesai anak hafizah, sekarang masa untuk beri tumpuan kepada anakanda aliran DLP pula! Ramai anak, begitulah semua anak ada dalam aliran kebangsaan KPM. Semua jadi internal audit oemma,” ujarnya.

Fadhlina turut mendoakan semoga anak-anak muslim di negara ini terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah.

Sumber: Fadhlina Sidek/Facebook