Siakap Keli
Gambar: Madu Al Rayyan via Pelabur Bijak

Peniaga ‘Steady’ Jual Madu Asli Sampai Bengkak Muka Disengat Lebah

Peniaga ‘Steady’ Jual Madu Asli Sampai Bengkak Muka Disengat Lebah

Setiap orang yang mempunyai sebuah perniagaan pasti akan berusaha keras demi memastikan perniagaan mereka itu laku dan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

Produk yang dijual ataupun servis yang dilakukan pastilah menarik perhatian orang ramai ketika pemasaran dilakukan.

Selain itu, kebaikan produk atau servis haruslah dinyatakan supaya orang ramai akan berikan tumpuan kepada perniagaan anda.

Pemasaran pula perlulah kreatif dan inovatif supaya ia mempunyai daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian orang ramai.

Itulah yang dilakukan oleh seorang peniaga madu di Indonesia yang telah memasarkan produk madu aslinya dengan cara yang unik tetapi agak memudaratkan untuk dirinya.

Dalam video yang telah dikongsikan oleh akaun Pelabur Bijak di platform X, telah menunjukan screen record sebuah LIVE oleh akaun peniaga Madu Al Rayyan.

Muka Disengat Lebah

Dalam video tersebut, kelihatan seorang peniaga sedang mempromosikan produknya. Tetapi, yang menarik perhatian orang ramai bukanlah produk tersebut.

Sebaliknya, orang ramai tertumpu kepada muka peniaga tersebut yang kelihatan bengkak akibat disengat lebah.

Kelihatan dirinya itu dikelilingi oleh lebah-lebah di situ. Bukan setakat muka saja yang dihinggap lebah, malah tangannya juga menjadi tumpuan serangga kecil itu.

LIVE miliknya itu disertai oleh orang ramai dan kebanyakan daripada mereka meninggalkan komen yang menunjukkan kerisauan masing-masing walaupun komen-komen itu kelihatan agak kelakar.

“Bang, sudah bang,” kata seorang pengguna TikTok yang disertakan dengan emoji menangis.

“Bang! Abang okay kan?” komen seorang lagi pengguna.

“Bang berhenti dulu bang! Letak ubat dulu!” tambah seorang pengguna yang lain.

Selain daripada komen yang menunjukkan keprihatinan viewers miliknya itu, ada juga yang memberikan komen berbaur gurauan seperti memintanya untuk mengimbangkan bengkak di matanya dengan mata yang lagi satu.

Ada juga yang mengatakan bahawa kini jelas lagi nyata bahawa madu yang dijualnya itu adalah madu asli. Mana tidaknya, peniaga itu dikelilingi dengan lebah! Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa madunya itu memang madu asli.

Itulah dugaan dan kegigihan seorang peniaga untuk memastikan produknya laris dijual. Agak-agak, ada lagi tak peniaga yang buat marketing macam ni?

Sumber: Madu Al Rayyan via Pelabur Bijak 

BACA JUGA: Cara Buat Perangkap Cicak, Guna Dua Benda Ni Je

Nurul Alya