Siakap Keli
lebuh raya terlurus dunia arab
Kredit: Facebook

Tak Ada Selekoh Langsung, Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km

Tak Ada Selekoh Langsung, Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km

Jalan raya, khususnya lebuh raya sering terasa lurus kerana agak jarang kita temui sebarang selekoh tajam semasa dalam perjalanan.

Hakikatnya, kebanyakan lebuh raya yang dibina tidak berbentuk lurus disebabkan beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, penempatan manusia dan sebagainya.

Jadi perkara ini menyebabkan impian untuk membina laluan lurus untuk jarak mencecah ratusan kilometer sebenarnya terbatas.

Namun begitu, tahukah anda di Arab Saudi sebenarnya ada jalan yang sangat lurus, tanpa sebarang selekoh langsung.

Lebuhraya terlurus tanpa selekoh, sepanjang 255 kilometer

Lebuh Raya 10 terletak wilayah timur Arab Saudi ini berjara kira-kira 255 kilometer (km).

Jalan lurus berkenaan menghubungkan bandar Haradh, sebuah bandar yang terkenal dengan minyak dan gas asli dengan bandar Al Batha.

Al-Bathaa adalah sebuah bandar yang berdekatan dengan sempadan Emiriah Arab Saudi (UAE).

Selain itu, Lebuh Raya 10 ini menghubungkan Lebuhraya 75 di kawasan Haradh dengan Lebuh Raya 95 di timur Arab Saudi.

lebuh raya terlurus dunia
Kredit: Google Maps

Matlamat asalnya dibina khusus sebagai laluan peribadi mantan Perdana Menteri dan Raja Arab Saudi

Pada awalnya, lebuh raya ini dibina sebagai laluan peribadi untuk mantan Perdana Menteri merangkap Raja Arab Saudi iaitu Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud.

Kini, jalan ini kerap digunakan untuk membawa kargo dari kawasan tengah dan barat Arab Saudi ke negara jiran, UAE.

Laluan yang merentasi padang pasir Rub Al-Khali ini sangat lurus tanpa sebarang selekoh ke kiri ke kanan mahupun bukit ataupun cerun.

Diiktiraf oleh Guinness World Record

Lebih menakjubkan, ‘kelurusan’ lebuh raya ini turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR).

Menurut GWR, pemandu memerlukan masa selama 2 jam 25 minit untuk memandu merentasi lebuh raya berkenaan.

Sebelum ini, rekod jalan lurus terpanjang di dunia telah dipegang Lebuh Raya Eyre di Australia dengan panjang kira-kira 146 kilometer.

BACA: Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Sumber: Arab News, Dangerous Road & Guinness World Record

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma