Main Game Pengaruhi Kemampuan Otak, Bantu Tingkatkan Fokus & Kecekapan – Kajian
Baru-baru ini, kalau anda perasan, SK ada berkongsi kisah seorang remaja berusia 13 tahun yang menjadi manusia pertama berjaya ‘menewaskan’ permainan Tetris.
Berita tersebut pantas menjadi viral dan ramai yang rasa kagum dengan kejayaan tersebut. Yelah, game Tetris sudah pun berusia 40 tahun dan sejak sekian lama, tak ada mana-mana pemain pun yang berjaya menghabiskan game tersebut.
‘Kepaduan’ remaja itu sekaligus membuktikan game juga adalah platform yang boleh mencipta nama di peringkat dunia tanpa mengenal usia.
Kalau ditinjau arena e-sport tanah air, ramai gamer yang menjadi idola pada hari ini, seperti Soloz, Fredo dan Daddy Hood menceburi bidang tersebut sejak awal usia.
Hari ini, mereka muncul antara atlet e-sport tanah air yang paling berjaya dan kerap mengukir nama di pentas antarabangsa.
Jika dilihat kejayaan-kejayaan di atas, tak salah untuk kita katakan bermain permainan video bukan semuanya buruk dan negatif semata-mata.
Sebenarnya, banyak sudah kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik di luar negara tentang impak positif bermain permainan video.
Kajian dibuat dapati main game juga ada banyak kebaikan
Dalam satu kajian yang dilaporkan Medical News Today, mendapati bermain permainan video membantu mengubah performance otak dan struktur otak pemain kepada lebih baik.
Kajian itu mendapati, tahap fokus seorang gamers didapati lebih baik berbanding mereka yang bukan gamers.
Fokus seorang gamers didapati dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama dalam menyempurnakan sesuatu tugasan.
Selain itu, dalam kajian yang dilaporkan oleh National Institute of Health pula, kanak-kanak yang bermain permainan video memiliki kemahiran kognitif termasuk dalam kawalan impulse dan memori bekerja yang lebih baik.
Menurut kajian berkenaan, kanak-kanak yang bermain tiga jam atau lebih permainan video sehari didapati lebih pantas dan tepat menyempurnakan tugasan yang memerlukan kemahiran kognitif.
Jadi, boleh kita katakan bermain game itu tidak salah asalkan tidak berlebihan dan pilih game yang tepat.
Black Moon, game gaya anime yang syok habis bila main
Haaa, tak rugi anda baca perkongsian ini kerana kami nak beritahu ada satu game tepat yang boleh anda mainkan dan game berkenaan adalah Black Moon.
Untuk pengetahuan anda, Black Moon adalah game bergenre ARPG yang boleh dimainkan secara player versus player dan Guild Wars.
Dalam game ini, anda akan mengembara bersama rakan player yang lain untuk selamatkan dunia dari kegelapan.
Lagi-lagi kalau anda kaki anime, memang cepatlah melekat dengan Black Moon sebab game ini adalah game gaya anime yang boleh dimainkan pada telefon bimbit, pantas dan mudah dimainkan.
Sekali tengok, ala-ala anime Sword Art Online la gitu
Selain itu, game ini cepat rasa syok bila main sebab banyak karakter yang gempak-gempak, siap ada set senjata masing-masing.
Karakter-karakter ini pula ada gaya pertempuran sendiri, jadi player boleh hasilkan gerakan combo yang sangat mematikan dalam pertempuran.
Kalau anda seorang yang kreatif pula, anda juga boleh custom sendiri skin karakter mengikut selera masing-masing.
Jadi bila main Black Moon, memang terasa seolah-olah diri sendiri terbang masuk dalam game, fuhhhh.
Yang bestnya, tak perlu jadi pro player pun untuk anda sertai special event Black Moon, Close Beta Test (CBT) 2 yang bermula 11 hingga 15 Januari ini.
Event ini terbuka kepada semua player Black Moon, tetapi anda kena daftar sekarang dan pendaftaran boleh dibuat disini.
CBT 2 ini sangatlah istimewa sebab dibawakan khas untuk players di rantau Asia Tenggara. Jadi dalam event ini, dapatlah anda beradu skill masing-masing dengan player dari Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Singapura.
Jadi, kalau join event ini, apa yang anda akan dapat?
Pertama, anda dapat akses kepada tiga karakter utama Black Moon iaitu Kamitsuki, Ling dan Lilim dimana setiap karakter ada skill masing-masing yang perlu dikuasai dalam tempoh ini.
Kedua, dalam CBT 2, anda dapat mempertaruhkan semua skill yang sudah dikuasai untuk menentang player handalan dari pelbagai negara.
Ketiga, player juga mendapat peluang untuk menguji sepenuhnya kekuatan karakter yang dimainkan sepanjang event ini berlangsung.
Keempat, sekiranya anda dah cukup power, anda boleh mengambil bahagian dalam acara Black Moon CBT Hero dan menyertai Level Challenge.
Kelima, ada banyak hadiah dalam game yang menanti untuk direbut antaranya seperti CBT Hero Badge, Grade S Pet Egg, Weapon Supply Ticket dan in-game Dark Crystal.
Semua ganjaran-ganjaran ini akan diberikan apabila Black Moon dilancarkan secara rasmi nanti.
Keenam, player yang menyertai CBT 2 juga bakal menerima Diamond secara percuma dan pelbagai ganjaran hebat lain.
Jadi, macam mana nak main Black Moon ni dan sertai event CBT 2?
Mudah sahaja, pergi ke Google Play Store atau Apple App Store, cari Black Moon Playpark dan klik “Become A Tester”.
Lagi senang, klik je pautan di bawah:
Google Play Store & Apple App Store
https://blackmoonsea.onelink.me/bWuj/SKCBT2
Apa-apa pun, anda kena follow laman web, FB Page dan FB Community Playpark supaya tak terlepas sebarang info tentang Black Moon dan CBT 2.