Siakap Keli
panaskan roti canai frozen
Kredit: Abang Terbang/Facebook

“Rendam Dengan..”, Ni Cara Betul Panaskan Roti Canai “Frozen”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Rendam Dengan..”, Ni Cara Betul Panaskan Roti Canai “Frozen”

Siapa antara kita yang gemar makan roti canai? Setiap kali sarapan mesti akan beli tak pernah ‘missed’ walaupun sehari lebih-lebih lagi makan ketika ia panas, memang sedap hingga menjilat jari.

Kalau nak tahu, hidangan roti canai pernah diiktiraf sebagai roti terbaik mengalahkan roti nan mentega bawang putih (India) yang berada di tempat kedua dan pan de bono (Columbia) di tempat ketiga.

Kebanyakan pasar raya mesti akan menjual roti canai beku untuk memudahkan sesiapa yang mengidam terutamanya ibu bapa yang buntu dalam menyediakan sarapan boleh dapatkan segera di premis berdekatan.

Makanan sejuk beku sememangnya dihasilkan bagi menjimatkan masa, meskipun kadang-kadang rasanya tidak sama dengan makanan yang baru dimasak.

BACA JUGA: ‘Banyak Ragam’, Ini Sebab Kenapa Budak Sekolah Suka ‘Healing’ Kat Tandas

Satu bahan sahaja diperlukan

Nak tahu tak, sebenarnya terdapat satu teknik yang boleh mengubah rasa makanan sejuk beku terutamanya roti canai dengan cara yang sangat mudah.

Teknik tersebut telah dikongsikan oleh @Abang Terbang di Facebook, di mana dia menunjukkan cara bagaimana panaskan roti canai sejuk beku menggunakan satu bahan sahaja.

Menurut Abang Terbang, kebiasaannya ibu bapa akan terus memanaskan roti canai sejuk beku di atas kuali selepas dikeluarkan dari peti sejuk tanpa menunggu ia cair.

Perkara itu tidak salah namun ia memberi rasa yang berlainan dan tekstur roti juga berbeza.

Jelasnya, teknik yang diajar akan membuatkan tekstur roti lebih lembut dan mudah untuk dimakan seperti yang disediakan di kedai-kedai makan.

Kredit: @Abang Terbang/Facebook

“Biasanya ibu bapa yang menyediakan makanan akan terus letak di atas kuali dengan minyak.

“Ini cara yang betul. Seeloknya untuk kekalkan roti yang lembut adalah dengan rendam dengan air dan terus letak di atas kuali.

“Celupkan sahaja dengan air biasa dan terus masak,” katanya sambil menggoreng roti canai.

Kredit: @Abang Terbang/Facebook

Jelasnya, apabila dipanaskan selepas ia dicelupkan dalam air, tekstur roti akan seakan-akan menyerupai roti canai di kedai makan, lebih segar dan sedap.

Sekiranya dipanaskan secara terus di atas kuali, roti tersebut akan jadi terlalu garing seperti biskut.

“Ada beza, satu dengan minyak dan satu lagi dengan air. Apabila terus goreng dengan minyak akan jadi terlalu garing dan akan jadi macam biskut.

“Kalau masak pakai air ini akan kekal lembut. Apabila luarnya sudah lembut baru letak minyak sedikit.

“Akan lembut sekiranya guna teknik pakai air. Kalau yang pakai minyak akan jadi terlebih rangup,” ujarnya.

Bagaimanapun, ia bergantung dengan pilihan masing-masing sama ada lebih menyukai roti canai yang lebih garing atau lembut.

Sumber: @Abang Terbang/Facebook

BACA: Ada Roti Berlebihan? Cuba Resipi Puding Roti Simple Ni

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana