Siakap Keli
remaja perempuan 17 tahun hilang
Kredit: Facebook

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang.

Permintaan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di facebook Ibupejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Menurut Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang, remaja perempuan berkenaan bernama Elly Ellyana Mohd Dom.

Elly serupakan seorang remaja perempuan berbangsa Melayu dan menetap di sekitar kawasan Taman Titiwangsa, Kluang.

IPD Kluang juga berkongsi beberapa keterangan dan butiran peribadi remaja berkenaan.

Menerusi kenyataan berkenaan, Elly memiliki ketinggian kira-kira 157 sentimeter (cm) dan memilki berat dalam sekitar 52 kilogram (kg).

Remaja itu juga memiliki kulit yang berwarna cerah, muka berbentuk bulat serta tidak memakai sebarang cermin mata.

Dalam hantaran yang sama, pihak polis turut menampilkan satu foto Elly untuk dijadikan sebagai gambar rujukan oleh orang awam.

Remaja itu kali terakhir dilihat mengenakan sehelai baju hoodie berwarna hitam, sepasang seluar hitam dan bertudung hitam sebelum disahkan hilang.

Sungguhpun begitu, kenyataan yang dikeluarkan pihak polis tidak menyatakan lokasi remaja itu dilihat buat kali terakhir.

Masa dan tarikh remaja tersebut dilaporkan hilang turut tidak disertakan di dalam kenyataan yang sama.

Polis Kluang menyeru orang memiliki maklumat untuk bantu siasatan polis

Sehubungan itu, IPD Kluang berharap mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja tersebut agar segera melaporkan kepada polis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang,” kata kenyataan itu.

Maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Noraini Otoh menerusi nomber telefon 07-7784222.

Selain itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi talian hotline ( 07-7766822), talian terus (07-7784256) dan tablet DCC (014-3656822).

BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Sumber: Polis Daerah Kluang via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma