Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya telah menerima laporan berkait kehilangan Farzanah Nabila Abdullah pada 1.20 petang hari yang sama.
Menurutnya, remaja itu mempunyai ketinggian lebih kurang 155cm, berat 42kg dan kurus.
Farzanah juga berambut lurus panjang dan warna kulit langsat.
Lokasi terakhir mangsa adalah di Taman Jasmin, Kajang.
Susulan itu, beliau memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan.
"Pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi ibu pejabat polis daerah Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Amiruddin Abdul Hamid (013-2304156)," katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan