Siakap Keli
penalti uae hong kong
Gambar: Bernama

Dua Penalti Bantu UAE Atasi Hong Kong 3-1

Dua Penalti Bantu UAE Atasi Hong Kong 3-1

DOHA, 14 Jan (Bernama) — Emiriah Arab Bersatu (UAE) memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Hong Kong 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C, malam ini.

Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa di Bandar Al Rayyan, naib juara edisi 1996 itu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sultan Adill Alamiri pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Hong Kong bangkit menyamakan kedudukan selepas empat minit babak kedua bermula, menerusi pemain tengah Philip Chan Siu Kwan.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, UAE pantas memberikan respons menerusi rembatan deras pertahanan Zayed Sultan yang singgah ke dalam gawang lawan menewaskan Yapp Hung Fai pada minit ke-52.

BACA: Gambar Makhluk Asing ‘Dibedah’, Dikatakan ‘Diambil’ Dari Area 51

UAE yang mara ke separuh akhir pada edisi lepas, dihadiakan penalti kedua pada masa kecederaan yang disempurnakan pemain sayap Yahya Al Ghassani sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.

Terdahulu, jaringan kedua Hong Kong oleh penyerang Michael Udebuluzor pada masa kecederaan babak kedua dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

UAE akan berdepan Palestin pada 18 Jan manakala Hong Kong akan bertemu Iran sehari selepas itu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?