Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gua Musang, Kuala Krai Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarafkan jajahan Kuala Krai dan Gua Musang antara 10 kawasan yang dikategorikan sebagai bandar paling bahagia di Malaysia.
Lapor Sinar Harian, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, sebelum itu pengiktirafan tersebut diberikan kepada jajahan jeli di Kelantan.
“Ia meliputi pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT), kebersihan, ekonomi dan indeks jenayah,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Taman Tema Air, Krai Water Park di sini pada Ahad.
Turut hadir sama ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Jajahan Kuala Krai, Azi Rahimee Mohamed dan Setiausaha Majlis Daerah, Muhammad Zaidi Mat Jusoh.
Difahamkan juga, terdapat pelbagai perkara yang menjadi pengukuran terhadap indeks kebahagian termasuk tahap kesejahteraan penduduk yang meliputi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental serta fizikal.
Antara yang lain turut menerima pengiktitrafan bandar paling bahagia di negara ini ialah Klang, Kulai, Kuantan, Alor Gajah serta Rompin.
PBT turut menjelaskan tahap dan kualiti perkhidmatan merupakan aspek utama yang dipertimbangkan dalam menjadikan bandar tersebut paling bahagia.
Antara aspek yang dititiberatkan ialah penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan serta teratur.
Sumber: Sinar Harian