Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: rkive via Instagram

Ahli BTS RM & V Tamatkan Latihan Asas Tentera

Nurul Alya

Ahli BTS RM & V Tamatkan Latihan Asas Tentera

Ahli kumpulan BTS, RM dan V telah menamatkan latihan asas tentera mereka di Korea Selatan. Mereka menamatkannya sebagai pelatih elit di bawah Regimen Latihan Rekrut ke-27 yang disertai pada 11 Disember tahun lalu.

RM, atau nama sebenar Kim Nam Joon telah memuat naik gambarnya bersama V atau Kim Tae-Hyung dalam seragam tentera bersama anugerah yang diperoleh oleh mereka. Gambarnya itu disertakan dengan caption 충성! yang bermaksud “Kesetiaan!”.

Anugerah yang diterima itu hanya akan diberi kepada enam daripada 200 pelatih apabila mereka menujukkan kemahiran yang boleh dicontohi dalam tempoh lima minggu latihan itu dijalankan.

Menurut laporan Yonhap, latihan yang dilakukan oleh RM dan V merangkumi kemahiran asas petempuran dan pertahanan. Latihan itu dijalankan di Pusat Latihan Tentera Korea di Nonsan, Seoul.

Selepas tamat latihan, mereka berdua mendapat pangkat sebagai prebet. Disebabkan mereka merupakan pelatih elit, maka mereka juga turut mendapat hari cuti.

“Saya dah tangguhkan pendaftaran tentera saya untuk masa yang lama. Menyertai tentera di umur yang semakin meningkat ini buatkan saya rasa agak gelisah dan risau tentang banyak perkara,” kata Kim Nam Joon dalam ucapannya dalam majlis penyampaian anugerah itu.

Dia turut menambah bahawa kebanyakan pelatih yang lain adalah 10 tahun lebih muda daripada dirinya.

Selain itu, dia menutup ucapannya dengan berkata, “Walaupun ia adalah ideal untuk semua orang tidak perlu belajar kemahiran menembak, keamanan yang dinikmati oleh Korea Selatan selama lebih 70 tahun dibina atas pengorbanan murni dan usaha berdedikasi orang ramai.

“Saya akan menjalankan tugas saya dengan kesedaran ini,” katanya.

Kemasukan Ke Unit Baharu

RM akan ditempatkan ke unit baharunya pada minggu ini manakala V pula akan menjalani latihan selama tiga minggu lagi.

Ini kerana, dia telah memilih untuk menyertai Pasukan Tugas Khas atau Special Duty Team (SDT) Komando Pertahanan Ibu Kota Tentera Korea.

SDT merupakan pasukan elit anti-keganasan elit yang terkenal dengan latihan yang sukar. Kim Tae-Hyun perlu menjalani latihan di Sekolah Pentadbiran Am Tentera Darat dari 18 Januari hingga 8 Februari sebelum bertukar ke SDT.

Memandangkan semua ahli BTS seramai tujuh orang itu sedang berkhidmat dalam perkhidmatan ketenteraan yang wajib di Korea Selatan, BTS kini sedang dalam tempoh hiatus.

Mereka semua dijangka menamatkan perkhidmatan masing-maisng dan akan bersatu semula menjelang 2025 kelak.

Sumber: CNA Lifestyle

BACA JUGA: Rasa Ragu-Ragu Nak Solat Selepas Haid? Ini Tanda Habis Haid