Siakap Keli
supachai melayu
Kredit: Sinar Harian

Kenali Supachai Chaided, Anak Melayu Jaringkan Gol Buat Thailand

Kenali Supachai Chaided, Anak Melayu Jaringkan Gol Buat Thailand

Semalam, Thailand mempamerkan aksi dominan selepas penyerang sensasi kelab Buriram United, Supachai Chaided menjaringkan dua gol sekali gus membuatkan negara itu meraih permulaan positif, lapor Sinar Harian.

Pada aksi perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala Asia 2023, juara terbanyak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) itu menewaskan Kyrgyzstan 2-0 di stadium Abdullah Bin Khalifa di Qatar.

Gambar: AFP

Supachai menarik perhatian orang ramai selepas menjadi wira skuad Gajah Perang apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa dan kedua.

Memetik Bernama, keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil sekali gus menyaksikan Thailand mengekalkan rekod bersih berdepan Kyrgyzstan dalam dua pertemuan selepas kali terakhir bertemu dalam aksi persahabatan pada 2001.

Thailand selepas ini akan bertemu Oman manakala Kyrgyzstan berdepan tugas sukar apabila dijadual berdepan Arab Saudi, masing-masing pada Ahad ini.

BACA: Tewaskan Thailand, Kemboja Raih Anugerah Beras Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

Siapakah Supachai?

Kredit: AFF

Sering menyerlahkan bakatnya dalam bola sepak, pemain berusia 25 tahun itu merupakan anak kelahiran Pattani dan beragama Islam.

Sedikit mengenai latar belakangnya, Supachai juga dilaporkan sudah berkahwin bersama kekasihnya, Pia Butsakorn.

Difahamkan, isterinya merupakan seorang wartawan dan mempunyai kelulusan Fakulti Sastera Universiti Suan Sunanda Rajabhat.

Beliau juga merupakan salah seorang pemain berbangsa Melayu yang disenaraikan skuad bimbingan jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii ke perlawanan pada kali ini.

Tidak hanya itu, beliau juga mengetuai di bahagian serangan dan kemahirannya juga tidak menjadi batasan untuk dijadikan sebagai penyerang kedua atau beraksi di bahagian sayap, menurut Transfermarkt.

Antara pemain berbangsa Melayu yang pernah bermain untuk kelab tersebut adalah Adul Lahsoh, Nurul Sriyankem, Narubadin Wirawatnodom dan ramai lagi.

Reputasinya dalam bola sepak tidak disangkal lagi kerana pernah menjaringkan 19 gol but kelabnya sekali gus mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Thai pada musim 2022/23.

Kelincahannya turut disamakan seperti pemain sayap skuad kebangsaan serta Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian, Tribun News

BACA: Thailand Rancang Perkenal Lebih Banyak Perkhidmatan Untuk Tarik Pelawat Malaysia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.