Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop”
Sebut sahaja manisan tentu ramai di luar sana menggemarinya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Warna, bentuk, saiz yang divariasikan sememangnya “menggoda” sesiapa sahaja.
Seiring perubahan zaman, manisan bukan sahaja merujuk kepada coklat atau bar coklat, malah ia muncul dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri tidak sangka.
Ada yang berbentuk bulat, petak, panjang, berwajah kartun dan sebagainya. Jadi, tidak hairan mengapa ia sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun golongan yang lebih tua.
Sama seperti Mini Marshmallow Pop ini, walaupun marshmallow boleh dimakan begitu sahaja, namun ia akan lebih ‘terasa’ jika dicelup dengan pelbagai perisa.
Antaranya perisa coklat, coklat susu, strawberi, karamel, teh hijau dan banyak lagi. Menariknya, tentang mini marshmallow pop ini tak ubah seperti rupa aiskrim.
Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan resipi mini marshmallow pop yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @moeirajohnson. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Resipi Mini Marshmallow Pop

Bahan-bahan
Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini termasuklah marshmallow, coklat susu, lolly stick, dan candy oil food color.
Cara penyediaan
Pertama, ambil coklat dan tuangkan ke dalam bekas untuk double boil atau steam.
Kedua, keluarkan marshmallow dan cucuk menggunakan lolly stick.

Ketiga, celupkan marshmallow ke dalam coklat yang dah dicairkan tadi. Untuk warnakan atau perisa coklat susu boleh guna emulco atau candy oil food color.
Keempat, letakkan topping mengikut kesesuaian selera.
Kelima, biarkan marshmallow yang telah dicelup coklat hingga sejuk dan keras dengan sendiri. Suhu bilik pun sudah mencukupi.
Keenam, barulah marshmallow pop siap untuk dibungkus.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok @moeirajohnson